Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Dulu 130, Kini 132 – Ayuh Bangkit Harimau Malaya
 Dulu 130, Kini 132 – Ayuh Bangkit Harimau Malaya
Semasa Stadium

Dulu 130, Kini 132 – Ayuh Bangkit Harimau Malaya

by VOKALIS 15/02/2024 647

Jatuh dua anak tangga bukanlah satu yang teruk bagi menggambarkan prestasi Harimau Malaya malah, ia juga sudah dijangka.

Ranking pasukan bola sepak negara berubah kedudukan dari 130 ke 132 dunia
selepas berakhir kempen Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar bulan lepas.

Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa akur dengan kedudukan terkini walaupun merosot berbanding tahun lalu.

Skuad kebangsaan meraih 1110.17 mata ketika ini selepas merekodkan dua kekalahan kepada Jordan dan Bahrain sebelum bangkit mengikat Korea Selatan 3-3 pada peringkat kumpulan Piala Asia baru-baru ini.

Berdasarkan ranking Asia Tenggara, Thailand mencipta kejutan apabila meraih status No. 1 dengan meraih 1206.72 mata di kedudukan ke-101 manakala Vietnam ke-105 (1194.58 mata)

Malaysia kekal menjadi negara ketiga terbaik rantau ini disusuli Filipina di ranking ke-139 (1086.17 mata) dan negara jiran, Indonesia di kedudukan ke-142 (1072.66 mata).

The Vokal yakin Harimau Malaya mampu kembali mengaum dan sokongan berterusan perlu diberikan kepada mereka. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 54

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 53

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 60

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.