Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Ernie Zakri Pilihan Utama Sufi Rashid – Ernie Mahu Cipta Momen
 Ernie Zakri Pilihan Utama Sufi Rashid – Ernie Mahu Cipta Momen
Selebriti

Ernie Zakri Pilihan Utama Sufi Rashid – Ernie Mahu Cipta Momen

by VOKALIS 30/10/2024 235

Sentiasa meninggalkan momen dalam setiap persembahannya di pentas seperti Anugerah Juara Lagu, Ernie Zakri berusaha mempersiapkan diri untuk konsert sulung Aura: Ernie Zakri Live in Concert pada 25 Januari 2025.

Penyanyi dengan resume persembahan cemerlang itu mahu menyerahkan sepenuhnya dirinya kepada peminat pada malam konsert berkenaan.

“Ambillah diri saya dan saya akan berusaha berikan yang terbaik untuk kenangan terindah kita bersama,” tuturnya saat ditemui pada sidang media mengenai konsert ‘sold out’nya itu baru-baru ini.

Ernie berkata demikian ketika diminta apakah momen yang bakal diberikan kepada penggemarnya yang pasti menantikan persembahan istimewa pada malam itu nanti.

Bakal menyanyikan semua lagu hitnya termasuk Gundah, Masing-Masing, Hal Hebat, Boneka dan banyak lagi, dia memberitahu pengarah muzik bagi konsert itu ialah Genervie Kam.

Isteri kepada penyanyi Syamel itu turut berkongsi terharu apabila mendapat sokongan luar biasa peminat dan rakan artis sebaik mengumumkan konsertnya.

“Saya terharu bila dapat tahu yang battle untuk tiket dan menangis begitu juga ucapan sokongan daripada rakan artis, itu sangat bermakna kerana industri kita kecil lebih manis apabila sentiasa menyokong antara satu dengan lain,” katanya.

Orang kuat SAH Entertainment yang juga penganjur konsert berkenaan, Sufi Rashid berkongsi Erni memang pilihan utamanya untuk mengadakan konsert di negara ini.

“Saya kenal Ernie dah lama dan kagum dengan bakatnya malah dia ada potensi yang sangat besar dalam industri muzik,” katanya.

Tidak hairanlah belum pun selesai di Malaysia, konsert sama bakal diadakan di Singapura pada Jun 2025.

Konsert yang tiketnya habis dijual dalam tempoh tujuh jam itu bakal berlangsung di Dewan Plenary Kuala Lumpur Convention Centre pada 25 Januari 2025. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Selebriti Semasa

Konsert Istimewa Februari 2025 -Jamal Abdillah Imbau

by VOKALIS 01/11/2024 275

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah bakal membawa kembali momen 40 tahun lalu ke pentas

Selebriti Semasa

Kena Tegur, Siapa Makan Cili…! – FYP

by VOKALIS 03/09/2024 198

Band dengan muzik yang sentiasa muncul dengan karya segar bersama elemen satira dan muzik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.