Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Fazley Yaakob Hasilkan Wangian Dari Pastri – Kolaborasi Bersama ENKÉ Malaysia
 Fazley Yaakob Hasilkan Wangian Dari Pastri – Kolaborasi Bersama ENKÉ Malaysia
Selebriti Semasa

Fazley Yaakob Hasilkan Wangian Dari Pastri – Kolaborasi Bersama ENKÉ Malaysia

by VOKALIS 16/04/2024 513

Selebriti serba boleh, Datuk Fazley Yaakob muncul dengan satu lagi kelainan iaitu menghasilkan wangian berasaskan pastri pertama di negara ini hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia.

Beliau berkata koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum itu diilhamkan dari kemahiran dan seni ‘pâtissiers’.

Nama ini dipilih olehnya sendiri sebagai inspirasi buat wangian Pâtissier Pure Parfum dalam menggambarkan keahlian, kesabaran, dan kecekalan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam bidang tertentu.

Wangian ini semestinya mampu menaikkan aroma manis dan menawan yang terilham dari seni pastri, di samping memberikan sentuhan kemewahan serta kemanisan dalam kehidupan seharian.

Semestinya, produk ini juga mesra Muslim kerana tidak mengandungi alkohol. Untuk edisi pengenalan ini, tiga varian wangian telah diperkenalkan iaitu Parisian Macarons, Lemon Meringue Pie, serta Vanilla Cream Puff.

Wangian Parisian Macarons menampilkan aroma yang meliputi nuansa badam, pistachio, bunga mawar, vanila, gula yang dikaramel, dan musk. Ia juga melahirkan imbasan yang hangat dan manis,
serta mengingatkan kepada pencuci mulut Perancis.

Buat wangian Lemon Meringue Pie pula, aromanya diliputi nuansa buah lemon, sentuhan berkrim, kulit pastri berperisa, vanila, serta gula. Ini menimbulkan sensasi manis dan ceria, yang mengingatkan pada pengalaman menikmati pai.
Manakala wangian Vanilla Cream Puff pula mempertaruhkan aroma mewah vanila, pastri berkrim, karamel, dan juga gula. Ini melahirkan aura manis dan memikat, mengingatkan pada pencuci mulut yang manis.

Fazley berkata, selain menampilkan bau lazat pastri, pembungkusan wangian ini juga terilham dari kotak pastri Perancis.

“Kerjasama untuk melahirkan produk ini dengan ENKÉ Malaysia terhasil daripada kesungguhan dan keazaman ENKÉ dalam mencari duta produk walaupun menghadapi cabaran dan dugaan sepanjang lapan tahun mereka beroperasi,” katanya.

Harga satu set wangian Pâtissier Premium Parfum dengan tiga botol berkandungan 10ml adalah RM149. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

‘Ayam goreng Amir Raja Lawak setaraf jenama

by thevokal 18/10/2025 16

AHLI perniagaan popular di Kelantan Dr Afif Mohd Ridzwan memuji kesedapan ayam goreng Amir

Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 34

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 54

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.