Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Salman Khan Diancam Bunuh – Diburu Gangster Sejak Bertahun Dulu
 Salman Khan Diancam Bunuh – Diburu Gangster Sejak Bertahun Dulu
Selebriti Semasa

Salman Khan Diancam Bunuh – Diburu Gangster Sejak Bertahun Dulu

by VOKALIS 16/04/2024 662

Bukan seperti dalam filem Bollywood yang selalu menampilkan dirinya sebagai hero, hakikatnya ini ialah realiti bagi Salman Khan yang terus diancam bunuh oleh satu kumpulan gangster di Mumbai, India.

Salam sekali lagi diancam bunuh oleh ketua gengster, Lawrence Bishnoi yang bertahun-tahun mengugut mahu menghapuskannya.

Dalam kejadian kelmarin, dua lelaki menaiki motosikal melepaskan lima das tembakan ke arah kediaman aktor terbabit di Bandra, Mumbai.

Ketika itu, Salman, 59, dan ibu bapanya dikatakan sedang tidur, manakala tembakan yang dilepaskan pula lebih kepada amaran.

Hasil siasatan awal mendapati dua tembakan dilepaskan ke dinding balkoni, dua lagi pada bahagian langsir dan tembakan terakhir ke udara.

Deputi Komisioner Polis Mumbai, Raj Tilak Roushan berkata, insiden pada awal pagi itu dilaporkan pengawal keselamatan, selain tiada kemalangan jiwa.

“Motosikal tersebut ditinggalkan suspek di Gereja Mount Mary, Mumbai,” katanya dalam kenyataan media.

“Siasatan masih dijalankan dan pihak kami mendapati dua suspek yang menggunakan motosikal curi itu melepaskan tembakan sebanyak tiga pusingan.

Polis Mumbai juga mengedarkan gambar serta video dua lelaki memakai topi dan beg sandang yang dipercayai terbabit dalam insiden menggemparkan itu kepada umum.

Seorang daripadanya dikenali sebagai Vishal iaitu ahli kumpulan kongsi gelap diketuai Lawrence Bishnoi yang sebelum ini sering mengugut mahu membunuh Salman.

Dua tahun lalu, bintang filem Tiger 3 itu nyaris menjadi mangsa tembakan kumpulan sama ketika keluar dari kediamannya dengan menaiki motosikal. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 13

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

Selebriti

Siti Nurhaliza Raih Dua Pengiktirafan ASEAN dan

by VOKALIS 03/11/2026 19

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila dua

Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 255

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.