THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Festival Atas Angin 2023 Dijangka Catat Sejarah, Tampilkan 75 Artis Dalam Konsert Selama 15 Jam
 Festival Atas Angin 2023 Dijangka Catat Sejarah, Tampilkan 75 Artis Dalam Konsert Selama 15 Jam
Santai Semasa

Festival Atas Angin 2023 Dijangka Catat Sejarah, Tampilkan 75 Artis Dalam Konsert Selama 15 Jam

by VOKALIS 01/08/2023 257

Selepas menerima sambutan hangat daripada penonton ketika penganjuran edisi pertama pada tahun lalu, Festival Atas Angin kembali lagi untuk edisi yang kedua.

Kemunculan semula festival muzik yang dijadualkan berlangsung pada 5 Ogos ini dijangkan lebih luar biasa berbanding sebelum ini.

Kali ini, festival berkenaan menampilkan 75 barisan artis tempatan dan menyediakan empat pentas untuk mereka mengadakan persembahan serentak dalam satu hari, sekali gus menjadi konsep luar biasa yang cuba dibawakan oleh Atas Angin MY.

Tidak keterlalun jika dikatakan penganjuran tersebut bersedia untuk melakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia.

Bakal diadakan di Rooftop @ level 7 Mytown Cheras, festival ini dibahagikan kepada tiga kategori persembahan iaitu artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ.

Antara barisan artis yang bakal menggegarkan festival ini ialah IamNEETA, 6ixth Sense, Skudap Skudip, Kugiran Masdo dan ramai lagi.

Ia juga bakal membawa pembaharuan dan bersedia menggalas tanggungjawab dalam membawa musik dan artis lokal Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengarah Projek Festival Atas Angin 2023, Arif Imran atau Bam.

Dalam pada itu, festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga acara tamat.

Mengulas mengenai Festival Atas Angin 2023, Pengarah Projek, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam berkata, pihak penganjur menjanjikan yang terbaik kepada para pengunjung dan bakal memberi kepuasan maksima kepada semua.

“Besar harapan kami agar festival ini dapat dilaksanakan dan dijayakan. Saya sebagai wakil pihak penganjur merasakan bahawa festival ini akan memberi impak kepada barisan artis lokal, selain dapat membuka mata pengunjung tentang bakat-bakat yang ada di negara kita.

“Saya juga berharap usaha dan mesej yang kami bawa menerusi festival ini nanti sampai kepada masyarakat, iaitu, untuk membuktikan bahawa ‘underground scene’ juga mempunyai ramai bakat besar dan luar biasa yang hebat.

Mengulas mengenai jualan tiket, Bam berkata, setakat ini hampir separuh tiket terjual sebaik sahaja pengumuman mengenai festival ini dihebahkan.

Jualan tiket kini berada di fasa kedua dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di laman Instagram mereka dengan harga serendah RM150 bagi ahli dan RM 170 bagi yang bukan ahli. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.