Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Fokus Lokasi Sebenar Zayn Rayyan Dibunuh – Polis Minta Bantuan Interpol 
 Fokus Lokasi Sebenar Zayn Rayyan Dibunuh – Polis Minta Bantuan Interpol 
Semasa

Fokus Lokasi Sebenar Zayn Rayyan Dibunuh – Polis Minta Bantuan Interpol 

by VOKALIS 23/12/2023 750

Sudah masuk hari ke 18 kes pembunuhan yang mendapat perhatian ramai membabitkan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan berlalu. 

Lokasi sebenar arwah Zayn dibunuh terus menjadi tanda tanya selepas ditemui meninggal dunia berhampiran rumahnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, usaha mengenal pasti lokasi pembunuhan itu terjadi amat penting bagi mengumpul bukti dalam usaha merungkai identiti individu terbabit melakukan perbuatan kejam itu.

“Seperti yang kita pernah maklumkan sebelum ini tempat kejadian yang kita jumpa itu adalah lokasi jenayah secodndary (sekunder) yang mana kurang untuk kita dapatkan bukti.

“Kita minta bantuan Interpol kerana dalam pangkalan data mereka (mungkin) ada maklumat (berkaitan) walaupun bukan konklusif tapi (ada) yang boleh bantu,” katannya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, hari ini.

Menurutnya, pihaknya mengambil langkah itu sebagai satu daripada usaha bagi mengesan suspek terbabit dalam pembunuhan itu.

Katanya, pelbagai usaha yang dijalankam sebelum ini termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan sekitar, rakaman kamera papan pemuka, dan merakam percakapan 225 individu hanya menimbulkan bukti-bukti minimal.

Menurutnya, menerusi pemeriksaan rumah ke rumah, pihaknya sudah merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu.

“Daripada keseluruhan sampel itu, sebanyak 240 sampel sudah dianalisis dan lain-lain sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia kita sudah pun dapat keputusan.

“Walau bagaimanapun, tiada keputusan positif yang dapat membantu siasatan buat masa ini,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 19

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 83

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 25

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.