Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Hari ke-29 kimoterapi… Anak-anak cukur rambut Elyana buat ramai sebak
 Hari ke-29 kimoterapi… Anak-anak cukur rambut Elyana buat ramai sebak
Selebriti

Hari ke-29 kimoterapi… Anak-anak cukur rambut Elyana buat ramai sebak

by thevokal 14/12/2025 193

Dalam perkongsian terbaharu penyanyi Elyana di media sosial bukan sekadar merakam detik peribadi, sebaliknya membawa mesej kekuatan dan harapan buat mereka yang sedang melalui rawatan kanser.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram dan TikTok, Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkongsi momen mencukur rambut sempena rawatan kimoterapi, dengan dibantu oleh dua puteri tercintanya.

Rakaman ringkas itu turut memperlihatkan gumpalan rambut di lantai tandas, simbol fasa rawatan yang sedang dilaluinya.

Dalam perkongsian sama, Elyana memaklumkan bahawa ia merupakan hari ke-29 beliau menjalani rawatan, namun tetap memilih untuk kekal positif dan tabah demi anak-anak.

“MasyaAllah… perjuanganku demi anak-anak.

“Saya perlu sembuh kerana saya mempunyai anak-anak yang tidak layak menerima versi diriku yang hancur,” tulisnya.

Lebih daripada luahan perasaan, Elyana menyatakan harapannya agar perkongsian tersebut dapat menjadi sumber kekuatan kepada pesakit lain yang sedang berjuang melawan penyakit sama.

“InsyaAllah, semoga video ini bermanfaat untuk mereka yang perlukan semangat,” katanya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi warganet dan artis yang sebak namun memuji ketabahan Elyana serta mendoakan kesembuhan buat dirinya.

Video ini juga menjadi peringatan kepada masyarakat tentang pentingnya sokongan keluarga dalam perjalanan rawatan pesakit kanser. – THE VOKAL

 

 

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 21

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 39

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 65

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.