Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Hina Kalimah Allah – Juruteknik Akui Hanya Mahu Jadi Keyboard Warrior
 Hina Kalimah Allah – Juruteknik Akui Hanya Mahu Jadi Keyboard Warrior
Semasa

Hina Kalimah Allah – Juruteknik Akui Hanya Mahu Jadi Keyboard Warrior

by The Vokal 22/03/2024 574

Hanya mahu jadi ‘keyboard warrior’. Itu alasan yang diberi seorang lelaki yang dituduh dan dihadap ke mahkamah kerana menghina kalimah Allah.

Juruteknik aplikasi sosial yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 mendakwa hanya menjadi ‘ keyboard warrior’ dan tidak mengetahui kalimah ‘Allah’ yang ditulis menghina agama Islam.

Tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik berkaitan kalimah Allah.

Dalam rayuannya, lelaki itu memohon supaya tidak dipenjara kerana tidak mahu kehilangan kerja.

“Saya tidak sengaja, hanya mahu menjadi ‘ keyboard warrior’, saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.

“Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu Tuhan di pelbagai bahagian badan, ingat hanya kecil punya hal, saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” rayunya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.

“Sebanyak 24 laporan polis dibuat orang ramai berhubung isu ini yang menunjukkan keseriusan hantaran yang dibuat bersifat sensitif kepada penganut agama Islam,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki itu terbabit tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka itu.

Dia membuat permohonan itu dengan dikelilingi sekumpulan lelaki yang mencarinya kerana tidak berpuas hati dengan komennya.

Lelaki itu mencetuskan kemarahan pengguna maya selepas didakwa mengeluarkan komen meminta orang ramai tidak terlalu sensitif dengan isu itu.

Dia malah didakwa cuba membuat kelakar dengan memuat naik gambar stoking yang memuatkan wajahnya sendiri. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 6

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 50

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 60

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.