Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Impian Zulkifli genggam ijazah tercapai selepas tunggu 30 tahun
 Impian Zulkifli genggam ijazah tercapai selepas tunggu 30 tahun
Santai Selebriti

Impian Zulkifli genggam ijazah tercapai selepas tunggu 30 tahun

by thevokal 08/01/2026 48

Faktor usia bukanlah penghalang bagi Zulkifli Rahmat.

Dalam usia 55 tahun beliau menerima Ijazah Keusahawanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia pada Majlis Konvokesyen Majlis Konvokesyen Kemahiran, Keusahawanan dan Kesukarelawan TVETEC Malaysia 2025 baru-baru ini.

Mula menjahit pada usia 25 tahun, Zulkifli akhirnya mendapat pengiktirafan daripada TVETEC Malaysia selepas berjaya memperkasa pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteraskan kemahiran, keusahawanan dan semangat kesukarelawan biar pun 30 tahun menunggu peluang itu.

Kata bapa tunggal tiga anak itu, mengambil masa lama untuk bergelar graduan memerlukan proses yangg panjang dan penuh pembelajaran yang diibaratkan sebagai universiti kehidupan.

“Alhamdulillah saya secara rasmi bergelar graduan apabila menerima Ijazah Keusahawanan TVET Malaysia dan perasaan amat bersyukur kepada Allah kerana pada usia ini telah diberikan rezeki untuk genggam segulung ijazah.

“Bagi setengah orang apalah sangat sekadar graduan TVET tapi bagi saya ianya sangat bermakna, jika orang lain hanya menunggu masa dua tiga tahun untuk secebis diploma dan ijazah tapi bagi kami graduan TVET mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk bergelar graduan,” katanya di hantaran di Facebook.

Pada Majlis Konvokesyen Majlis Konvokesyen Kemahiran, Keusahawanan dan Kesukarelawan TVETEC Malaysia 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu, seramai 260 individu mendapat pengiktirafan daripada TVTEC Malaysia selepas menjadi usahawan berjaya dan ikon belia di negara ini.

ZULKIFLI bersama selebriti popular, Ifa Raziah menerima Ijazah Keusahawanan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Antara syarat untuk mendapat ijazah itu, individu perlu berada dalam industri pelbagai bidang selama lebih 20 tahun dan memiliki premis serta pekerja sendiri.

Majlis konvokesyen tahun kedua itu turut memberi pengiktirafan kepada golongan selebriti dan profesional antaranya Ifa Raziah, Ustazah Asni Mansur, Siso Kopratasa dan Saidatulnisa Aminulddin yang terkenal sebagai juru solek artis dan diraja.

Mengulas lanjut, Zulkifli menambah, beliau dan rakan-rakan graduan lain terharu kerana ada pihak yang masih menghargai golongan yang memiliki kemahiran dalam bidang masing-masing biarpun tidak berkesempatan menyambung pengajian di gedung ilmu sebenar iaitu Universiti.

“Di usia senja begini siapalah yang mahu mengiktiraf kami namun bila ada yang sudi menawarkan peluang sebegini bagai pucuk dicita ulam pun tiba.

“Kami menerima dengan besar hati dan sangat menghargai. Siapalah yangg tak ingin menyarungkan jubah keramat graduasi dan menggengam segulung ijazah penghargaan dari sebuah institusi pendidikan tinggi.

“Walaupun ianya mungkin tidak lagi berguna buat masa ini tapi biarlah menjadi hadiah berharga buat saya dan graduasi TVET semua dan berilah kami peluang bergembira meraikan momen indah ini,” kata anak kelahiran Johor itu.

Zulkifli yang memiliki Butik Dzulldeclassique cukup popular dengan rekaan pakaian terutamanya dalam kalangan golongan lelaki untuk membuat baju Melayu sejak akhir tahun 1990an.

Baju-baju Melayu rekaannya itu sering terpampang di majalah-majalah dan dipakai pula oleh golongan VIP dan artis-artis sekali gus menjadikan jenama Dzulldeclassique kekal bertahan sehingga hari ini.

Beliau memulakan perniagaan membuat baju Melayu pada tahun 1993 sebelum menyewa di Arked Mara Kajang dua tahun kemudian.

Zulkifli kini boleh dianggap jutawan berpindah ke bangunan baru di Jalan Reko yang dibelinya pada 2016 dengan nilai lebih RM1 juta.- THE VOKAL

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

LRT beroperasi hingga 1 pagi, Siti Nurhaliza

by thevokal 06/01/2026 32

Demi memastikan kelancaran pergerakan ribuan peminat yang bakal menghadiri konsert Legacy 30, Biduanita Negara,

Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 163

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 49

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.