Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. LRT beroperasi hingga 1 pagi, Siti Nurhaliza utamakan keselesaan peminat di Konsert Legacy 30
 LRT beroperasi hingga 1 pagi, Siti Nurhaliza utamakan keselesaan peminat di Konsert Legacy 30
Selebriti

LRT beroperasi hingga 1 pagi, Siti Nurhaliza utamakan keselesaan peminat di Konsert Legacy 30

by thevokal 06/01/2026 161

Demi memastikan kelancaran pergerakan ribuan peminat yang bakal menghadiri konsert Legacy 30, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada malam konsert tersebut.

Perkongsian itu turut memaklumkan bahawa Stesen LRT Bukit Jalil akan mula beroperasi pada Sabtu minggu hadapan, selain penyesuaian waktu operasi di stesen penukaran bagi memudahkan penonton pulang ke destinasi masing-masing selepas acara berakhir.

Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Januari 2026 dan menjadi detik kemuncak sambutan 30 tahun penglibatan Siti dalam industri seni tanah air.

Konsert mega itu bukan sahaja meraikan perjalanan seni penyanyi nombor satu negara, malah mencerminkan dedikasi, kecintaan dan keikhlasan beliau terhadap dunia muzik di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Acara berprestij ini turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan penyanyi jemputan popular seperti Noh Hujan, Umairah, Hafiz Suip dan Cakra Khan, sekali gus menjanjikan malam penuh nostalgia dan emosi buat peminat. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 70

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 72

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.