Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Issey Fizie Gandingan Segar – Gegar FM Saji Jenama Baru Bro Pagi Gegar
 Issey Fizie Gandingan Segar – Gegar FM Saji Jenama Baru Bro Pagi Gegar
Selebriti Semasa

Issey Fizie Gandingan Segar – Gegar FM Saji Jenama Baru Bro Pagi Gegar

by VOKALIS 09/01/2024 534

Stesen nombor satu Pantai Timur, Gegar FM terus menampilkan formula terbaik bagi menyajikan hiburan buat pendengar mereka.

Pengurus Kandungannya, Raja Nadia Salwana berkata antara tarikan utama ialah menjenama semula segmen pagi yang dikenali sebagai Bro Pagi Gegar.

Dia berkata, segmen itu menampilkan Issey Fazlisham bersama penyampai yang baru dibawa masuk iaitu Fizie Roslan.

“Kami berubah mengikut peredaran masa dah teknologi. Kami tetap akan mengekalkan perisian lokal yang boleh mendekatkan stesen dengan pendengar melalui penyampai kami.

“Fizie adalah seorang yang tak asing lagi untuk pendengar Pantai Timur. Jadi bila kita padankan dengan Issey, kita yakin dan nampak chemistry di situ.

Raja Nadia Salwana

“Issey seorang ikon cultural dgn dikir barat dia dan berpengetahuan sejarah pantai timur,” katanya.

Tambah Raja Nadia yang lebih mesra disapa Nana, Fizie pula memiliki pesona dan karakter tipikal lelaki Kelantan dan Pantai Timur dari segi cara bercakap, bersembang dan berjenaka.

Dia berkata, keseimbangan dua karakter penyampai pagi itu mewarnai dan memeriahkan segmen pagi agar lebih dekat dengan pendengar.

Nana berkata, Shah yang sebelum ini di Gegar Pagi kini bergandingan Scha Musa dan tiada perubahan di Gegar Petang serta Gegar Malam.

Sementara itu, dia berkata stesen itu akan terus aktif dengan aktiviti turun padang yang sinonim dengan Gegar FM sepanjang 2024.

“Kita sudah kembali aktif turun padang sejak pertengahan tahun lalu melalui Jelajah Busking Gegar di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.

“Cuma, untuk setengah tahun ini, semua aktiviti untuk turun padang perlu bersesuaian dengan keadaan semasa seperti bencana banjir, pembukaan sekolah dan sambutan perayaan serta Ramadan,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah

by thevokal 13/02/2026 35

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 43

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 55

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.