Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Mangsa Banjir Meningkat Di Kota Tinggi – Lebih 4,000 Mangsa Di PPS
 Mangsa Banjir Meningkat Di Kota Tinggi – Lebih 4,000 Mangsa Di PPS
Semasa

Mangsa Banjir Meningkat Di Kota Tinggi – Lebih 4,000 Mangsa Di PPS

by VOKALIS 08/01/2024 484

Lebih 4,000 mangsa banjir direkodkan di Kota Tinggi, Johor dalam bencana alam yang melanda negeri itu.

Mangsa banjir di daerah itu terus merekodkan peningkatan kepada 4,652 orang daripada 1,257 keluarga yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) daerah itu, pada jam 9 malam ini.

Ia berbanding hanya sejumlah 4,397 mangsa terjejas daripada 1,185 keluarga di 26 PPS, pada jam 4 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata jangkaan air pasang besar di sungai utama di Kota Tinggi malam ini meningkatkan kebimbangan, lebih ramai mangsa banjir di kawasan rendah akan terjejas.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling terjejas banjir dengan mangsa paling tinggi dengan perkembangan terbaru itu.

Bagaimanapun katanya, jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 7,341 orang daripada 2,046 keluarga yang ditempatkan di 49 pusat pemindahan sementara (PPS), di enam daerah terjejas, jam 9 malam ini.

Ia berbanding sejumlah 7,511 mangsa banjir terjejas daripada 2,108 keluarga yang ditempatkan di 50 PPS, di enam daerah terjejas, jam 4 petang tadi.

Ia diikuti dengan Johor Bahru yang mencatatkan penurunan mangsa kepada 900 orang daripada 247 keluarga di lima PPS.

Kluang turut rekodkan penurunan dengan 1,613 mangsa banjir terjejas daripada 495 keluarga ditempatkan di 13 PPS.

“Kulai pula kekal dengan 86 mangsa terjejas daripada 23 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Murni Jaya.

“Segamat merekodkan peningkatan kepada 73 mangsa banjir terjejas daripada 20 keluarga di tiga PPS.

“Manakala Pontian pula kekal dengan 17 mangsa banjir terjejas daripada empat keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Rata Pekan Nanas,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 12

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 12

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 221

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.