Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Jangkitan Penyakit Kelamin Meningkat – Sebabkan 2.5 Juta Kematian
 Jangkitan Penyakit Kelamin Meningkat – Sebabkan 2.5 Juta Kematian
Semasa

Jangkitan Penyakit Kelamin Meningkat – Sebabkan 2.5 Juta Kematian

by VOKALIS 23/05/2024 616

Jangkitan virus kurang imun (HIV), virus hepatitis dan jangkitan penyakit kelamin (STI) masih memberikan cabaran kesihatan awam yang ketara kerana menyebabkan 2.5 juta kematian setiap tahun, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti dilaporkan agensi berita Anadolu.

Menurut laporan itu, jangkitan STI semakin meningkat di kebanyakan rantau kerana bilangan kes melebihi sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini.

Memetik laporan AGENSI, Pada 2022, negara-negara yang menganggotai WHO menetapkan sasaran untuk mengurangkan jumlah jangkitan sifilis dewasa tahunan sebanyak 10 kali ganda menjelang 2030, iaitu daripada 7.1 juta orang kepada 710,000 pesakit.

“Namun, kes sifilis baharu dalam kalangan orang dewasa berumur 15 hingga 49 tahun meningkat lebih satu juta pada 2022 sehingga mencecah lapan juta,” kata laporan itu.

Laporan tersebut turut mendedahkan bahawa peningkatan tertinggi kes tersebut berlaku di rantau Amerika dan Afrika.

“Kenaikan (kes) sifilis menimbulkan kebimbangan utama.

“Mujurlah terdapat kemajuan penting dalam beberapa bidang lain termasuk dalam mempercepatkan akses kepada komoditi kesihatan kritikal termasuk diagnostik dan rawatan,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Tambah laporan yang sama, pada 2022, sebanyak 230,000 kematian berkaitan sifilis telah dilaporkan.

Dalam pada itu, jangkitan HIV baharu hanya berkurang daripada 1.5 juta pada 2020 kepada 1.3 juta pada 2022.

Tedros berkata, terdapat 630,000 kematian berkaitan HIV pada tahun yang sama dengan 13 peratus daripadanya melibatkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 10

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 28

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 36

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.