Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. JDT Nombor Satu – Turut Melonjak Di Peringkat Global
 JDT Nombor Satu – Turut Melonjak Di Peringkat Global
Semasa Stadium

JDT Nombor Satu – Turut Melonjak Di Peringkat Global

by VOKALIS 06/02/2024 714

Pasukan bola sepak sensasi negara
Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan mereka berada pada kelas tersendiri dalan arena sukan paling popular di seluruh dunia itu.

JDT kini menjadi pasukan No. 1 di Asia Tenggara selain kedudukan carta di peringkat global turut melonjak ke tangga ke-319 berdasarkan laman rasmi yang dikeluarkan oleh Opta Analyst pada 2 Februari lepas.

Portal tersebut melakukan analisis berdasarkan prestasi semasa pasukan dengan hampir 13,500 kelab di seluruh dunia berada dalam senarai ranking tersebut.

Skuad Harimau Selatan yang masih segar dengan kejayaan menjuarai trofi ‘double quadruple’ Liga Malaysia tahun lalu berjaya meraih 75.8 mata dan naik 128 anak tangga berbanding kedudukan ke-447 pada Julai lepas.

Malah, berdasarkan senarai ranking, tiada lagi kelab Liga Malaysia (Liga M) yang mampu berada dalam kelompok 500 kelab terbaik dunia dan yang paling hampir berada di kedudukan ke-1,499 adalah Selangor FC.

Lebih menarik, JDT memintas status Buriram United selaku kelab terbaik Asia Tenggara ketika ini selepas kedudukan kelab gergasi Thailand itu menjunam ke kedudukan 706 dunia.

Berdasarkan ranking Asia pula, JDT berada di kedudukan ke-16 terbaik dengan kelab berpengaruh Arab Saudi, Al-Hilal menduduki pertama disusuli Al Nassr di kedudukan kedua dengan Kawasaki Frontal melengkapkan carta tiga teratas.

Pasukan JDT yang dikendalikan oleh Hector Bidoglio kini dalam fasa memantapkan pasukan dengan menandatangani beberapa pemain import baharu seperti Jalil Elias, Nicolao Cardoso dan Murilo Henrique sebelum mengharungi musim baharu, Mei depan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 29

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 31

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 39

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.