Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Joni Sang Lembu Sado – Bakal Jadi Korban
 Joni Sang Lembu Sado – Bakal Jadi Korban
Semasa

Joni Sang Lembu Sado – Bakal Jadi Korban

by VOKALIS 30/05/2024 646

Seekor lembu sado baka limousine bernama Joni bakal menjadi sembelihan untuk ibadat korban pada sambutan Aidiladha nanti.

Tawaran lumayan mencecah RM14,000 mendorong seorang penternak bertindak menjual Joni, lembu kesayangannya itu.

Lembu jantan dengan berat lebih 700 kilogram (kg) itu milik Mohamad Zulfika Hassan, 29, dari Felda Kota Gelanggi Empat dekat sini. Kini, haiwan berkenaan sudah dibeli oleh seorang pembeli dari Melaka.

Kredit Rafi Mamat/Harian Metro

Mohamad Zulfika berkata, lembu sado berkenaan dibelinya tiga bulan lalu dari seorang penternak di Terengganu bagi tujuan pembiakan, di samping sebagai hobi dalam ternakan bersaiz besar.

Bagaimanapun katanya, disebabkan pembeli berkenaan yang begitu berminat untuk mendapatkan lembu terbabit untuk dijadikan haiwan korban, dia dengan rela hati mengambil keputusan menjualnya walaupun berat hati berbuat demikian.

Menurutnya, walaupun ‘Joni’ bersaiz besar dan kelihatan ganas dengan tanduk yang tajam tetapi sebenarnya lembu terbabit jinak dan mudah dikawal, sesiapa sahaja boleh memegang dan mengawalnya, dengan menggunakan tali.

“Saya hanya sempat bersama ‘Joni’ selama tiga bulan sahaja dan hari ini (semalam), lembu berkenaan akan dihantar kepada pembelinya di Melaka. Saya sendiri yang menghantarnya menggunakan lori.

“Sepanjang di bawah jagaan saya selama tiga bulan setiap hari ‘Joni’ diberikan makan palet selain rumput, ia ditempatkan dalam kandang khas berhampiran rumah bagi memastikan keselamatannya,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, dia pernah menjual seekor lembu ‘sado’ dengan harga RM7,000, namun selepas itu dia tidak lagi berminat memelihara lembu ‘sado’ kerana kos makanan yang semakin meningkat.

Dia kini hanya memiliki seekor lembu jenis berkenaan.

Mohamad Zulfika berkata, walaupun mampu meraih pendapatan lumayan setiap kali menjual lembu ‘sado’, namun dalam masa sama, kos makanan dikeluarkan juga tinggi terutama untuk menyediakan palet. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 16

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 18

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 30

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.