Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lelaki Rentung Dalam Kereta – Kereta Dinaiki Terbakar
 Lelaki Rentung Dalam Kereta – Kereta Dinaiki Terbakar
Semasa

Lelaki Rentung Dalam Kereta – Kereta Dinaiki Terbakar

by VOKALIS 30/05/2024 476

Lelaki rentung dalam kebakaran kereta selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan, di kulai malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.24 malam tadi.

Beliau berkata, enam anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian pada 11.53 malam.

Menurutnya, pasukan keluaran operasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah Perodua Myvi yang musnah 80 peratus.

Katanya, seorang mangsa (pemandu) terperangkap di kenderaan berkenaan.

“Ia berpunca daripada kemalangan membabitkan tiga kenderaan lori termasuk treler Scania yang membawa muatan tanah dan sebuah Proton Iswara.

“Mangsa lain dikeluarkan orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa yang rentung berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, identiti lelaki yang rentung masih belum dikenal pasti, manakala seorang penumpang perempuan dewasa berusia 32 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun menaiki Perodua Myvi berkenaan mengalami kecederaan.

Menurutnya, dua lelaki dewasa berusia 18 dan 22 tahun yang menaiki Proton Iswara mengalami kecederaan, serta seorang lelaki berusia 33 tahun iaitu pemandu treler, tidak mengalami kecederaan.

“Operasi tamat pada 2.09 pagi tadi,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 25

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 43

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

Selebriti

FFM34: Blood Brothers, Babah, Reversi, Takluk dan

by thevokal 01/11/2025 52

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34) tahun ini memperlihatkan senarai calon yang cukup pelbagai,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.