Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Kagum Kredibiliti Dan Semangat Juang Ziana Zain – CSA Academy Lantik Duta Rasmi
 Kagum Kredibiliti Dan Semangat Juang Ziana Zain – CSA Academy Lantik Duta Rasmi
Selebriti

Kagum Kredibiliti Dan Semangat Juang Ziana Zain – CSA Academy Lantik Duta Rasmi

by VOKALIS 14/03/2024 758

Mengakui kredibiliti dan semangat juang diva Ziana Zain menjadi faktor utama wanita hebat ini dilantik sebagai duta rasmi CSA Academy.

CSA Academy ialah organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong berkata pihaknya percaya Ziana seorang lagenda yang dikenali semua kaum.

“Reputasi, integriti dan kredibiliti serta semangat juang yang ada dalam diri Ziana Zain adalah seiring dengan matlamat kami di CSA Academy untuk menuju kegemilangan serupa,” katanya.

Lebih menarik, sempena pelantikan Ziana sebuah lagu Semangat Wira juga digubah dan bakal dilancarkan Mei ini.

“Semangat Wira menggambarkan keseluruhan perjuangan tanpa lelah dan putus asa yang dinyanyikan Ziana Zain khusus buat seluruh ahli CSA Academy,” katanya.

Sementara itu Ziana menyifatkan pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan dan tanggungjawab besar buatnya.

“Saya melihat pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy bukan hanya secara peribadi tetapi bagaimana saya mampu mewakili, memikul tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyebarkan informasi bagaimana kita semua mampu hidup bebas hutang melalui pengurusan kewangan yang betul.

“Sejujurnya saya sendiri suka perkara seperti ini (mewakili CSA Academy) kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, dapat ilmu dan pengalaman baharu terutama bagaimana menguruskan kewangan.

“Apa yang penting CSA Academy menjamin gaya hidup bebas hutang untuk semua ahli,” kata penyanyi lagu Syurga Di Hati Kita itu.

Terdahulu, CSA Academy diumumkan selaku penaja utama Konsert Ziana Zain 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024

Selain Ziana, CSA Academy juga memiliki duta rasmi dalam kalangan individu berpengaruh termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktor berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 18

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 20

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 30

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.