Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. TWOMEE Lahir Dari Ikatan Dua Sahabat – Produk Kosmetik Premium Harga Berpatutan
 TWOMEE Lahir Dari Ikatan Dua Sahabat – Produk Kosmetik Premium Harga Berpatutan
Semasa

TWOMEE Lahir Dari Ikatan Dua Sahabat – Produk Kosmetik Premium Harga Berpatutan

by VOKALIS 14/03/2024 1189

Edisi produk kosmetik TWOMEE yang dilancarkan baru-baru ini bermula dari ikatan dua sahabat yang sentiasa ada ketika susah mahupun senang.

Pengasasnya, Datuk Suraya Semaru berkongsi, jenama produk itu hasil gabungan nama panggilannya dan juga sahabat baik yang banyak membantu dirinya.

“Saya pernah susah dan sahabat saya Mimi ini bantu saya termasuk ajar teknik solekan jadi bila saya ada rezeki lebih saya bincang dan lahirkan produk kosmetik ini untuk sama-sama berjaya,” katanya.

TWOMEE keluaran yarikat TWOMEE Health & Beauty (M) Sdn Bhd turut menampilkan penyanyi Datin Alyah yang menyampaikan lagu tema produk itu.

“Bukan mudah untuk menghasilkan produk kosmetik yang berkualiti, kerana ia perlu melalui pelbagai ujian klinikal termasuk proses penyelidikan dan pembangunan yang berulang kali sehingga mendapatkan hasil yang terbaik.

“Harapan saya untuk memastikan jenama Twomee dengan idea make up based 3 in 1 ini menjadi salah satu produk kosmetik pilihan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Alyah berkata beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pengasas iaitu Datuk Suraya yang sudi bekerjasama dengannya.

“Saya tahu dengan keadaan sekarang persaingan sangat kuat, ramai diluar sana yang lebih hebat dari saya.

“Inilah namanya rezeki dan saya perlu kerja lebih kuat untuk membantu jenama ini agar mendapat sambutan yang baik dipasaran. Saya akan memainkan peranan saya sebagai duta produk untuk memperkenalkan Twomee dipasaran,” katanya.

Tambahnya, kelebihan TWOMEE ialah bukan sekadar untuk bersolek malah boleh dijadikan produk penjagaan kulit yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 86

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 27

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 39

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.