Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kanak-Kanak Maut – Mangsa Dera Saudara Sendiri
 Kanak-Kanak Maut – Mangsa Dera Saudara Sendiri
Semasa

Kanak-Kanak Maut – Mangsa Dera Saudara Sendiri

by VOKALIS 26/01/2024 525

Dia sepatutnya berada bersama orang yang sepatutnya menjadi pelindung kerana ada pertalian darah.

Malangnya, seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera suami isteri yang juga ibu bapa saudaranya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Selangor, kelmarin.

Mangsa yang berusia setahun enam bulan itu dikatakan tidak sedarkan diri di kediaman terbabit sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya berusia 20-an.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika rawatan dan hasil pemeriksaan serta bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit akan dihantar ke rumah suspek setiap kali ibu bapanya ke tempat kerja dan dijaga oleh pasangan suami isteri itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan bunuh.

Datuk Hussein Omar Khan

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur penderaan ke atas kanak-kanak terbabit.

“Susulan itu kita membuat dua tangkapan iaitu sepasang suami isteri, dengan mereka akan direman hari ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak 2001. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 21

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 39

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 65

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.