Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kapal Pelancong Karam Di Pulau Komodo, Indonesia, 7 Rakyat Malaysia Dilaporkan Terselamat
 Kapal Pelancong Karam Di Pulau Komodo, Indonesia, 7 Rakyat Malaysia Dilaporkan Terselamat
Semasa

Kapal Pelancong Karam Di Pulau Komodo, Indonesia, 7 Rakyat Malaysia Dilaporkan Terselamat

by VOKALIS 23/07/2023 321

KUALA LUMPUR – Tujuh rakyat Malaysia dilaporkan selamat dalam tragedi kapal pelancong karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur di Indonesia, pada Sabtu.

Perkara tersebut disahkan oleh Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

“Tujuh rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden kapal pelancong yang tenggelam di kawasan perairan Pulau Komodo, Labuan Bajo, Indonesia pada petang Sabtu dilaporkan selamat.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut,” menurut satu kenyataan menerusi Facebook Wisma Putra pada Ahad.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu dan sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +62 21 5224 947 dan +62 813 8081 3036 atau emel ke mwjakarta@kIn.gov.my,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Serantau

Tidak Jumpa ‘Pintu Depan’ Punca aktor Lakukan

by VOKALIS 10/08/2023 399

KUALA LUMPUR – Aktor yang terkenal dengan aksi lasaknya, Rizal Djibran akui mengamalkan seks

Selebriti Serantau

Dibarisi Ramai Pelakon Handalan, Nora Danish Teruja

by VOKALIS 30/07/2023 373

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish mengakui teruja apabila berpeluang berlakon dalam filem seram

Selebriti Serantau

Berpurdah Dan Tidak Pandai Berhias Punca Virgoun

by VOKALIS 27/07/2023 298

JAKARTA – Kecoh sejak Mei lalu apabila isteri Virgoun iaitu Inara Rusli memaklumkan terpaksa

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.