Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 – Ann Pow Muncul Pelumba Terpantas Wanita Keseluruhan
 Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 – Ann Pow Muncul Pelumba Terpantas Wanita Keseluruhan
Semasa Stadium

Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 – Ann Pow Muncul Pelumba Terpantas Wanita Keseluruhan

by The Vokal 08/07/2024 267

Ann, 28, mempamerkan kehebatannya dalam saingan penuh mencabar yang menggabungkan rutin berenang 2 kilomter (km), berbasikal 90km dan berlari 21km dengan catatan masa 5 jam, 21 minit dan 49 saat (5:21:49) dalam perlumbaan yang bermula dan tamat di Sand & Sandals Desaru Beach Resort and Spa.

Dia yang pernah mewakili negara dalam acara duathlon di Sukan SEA Vietnam pada 2022, mengatasi dua pencabar dari Singapura iaitu Yen Chan (5:51:47) dan Fiona Lim (5:59:31).

Ann, yang juga pempengaruh media sosial terkenal, melahirkan kepuasan terhadap kejayaan yang dicapainya.

“Ia satu perlumbaan yang cukup bagus. Segala-galanya berjalan lancar hari ini, dan acara kali ini dianjurkan dengan baik sekali,” kata Ann, yang memiliki lebih 232,000 pengikut di akaun Instagramnya.

“Sejujurnya, saya tidak menetapkan jangkaan besar untuk pertandingan kali ini, jadi saya agak terkejut dapat mengecapi keputusan memberangsangkan ini.

“Paling tidak dijangka adalah prestasi larian saya. Meskipun laluan yang agak berbukit pada penghujung, saya tetap dapat mengekalkan kepantasan biasa.

“Perlumbaan ini saya ambil serius kerana ia merupakan sebahagian daripada persiapan penting menjelang Ironman Langkawi (pada Oktober), yang mana saya mensasarkan untuk merebut gelaran pelumba wanita Malaysia terpantas nanti.”

Sementara itu, saingan lelaki menyaksikan dominasi atlet berpengalaman Sepanyol, Salvador Alacorn apabila dia melintasi garisan penamat dengan catatan masa 5:03:39.

Alacorn, yang pernah beraksi di Kejohanan Dunia Ironman di Hawaii sebanyak dua kali mengatasi Andrew Patterson dari Amerika Syarikat yang muncul kedua terpantas selepas merekodkan 5:15:19, diikuti Tan Kim Bok (5:24:03), sekali gus menjadikannya peserta terbaik lelaki tempatan.

Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 turut menampilkan tiga kategori lain iaitu Jarak Olimpik (1.5km berenang-40km berbasikal-10km berlari), Sprint (750m-20km berbasikal-5km berlari) dan Super Sprint (300m berenang-10km berbasikal-2km berlari).

Keseluruhannya, ia berjaya menarik penyertaan kira-kira 500 peserta dari 25 buah negara.

Sumber: Berita Harian

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 389

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.