Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Kekasih Terbaharu Aliff Aziz – Sarah Yasmine Dedah Bercinta, Kongsi Video Bercium
 Kekasih Terbaharu Aliff Aziz – Sarah Yasmine Dedah Bercinta, Kongsi Video Bercium
Selebriti Semasa Sensasi

Kekasih Terbaharu Aliff Aziz – Sarah Yasmine Dedah Bercinta, Kongsi Video Bercium

by VOKALIS 22/04/2024 522

Kisah Aliff Aziz terus mendominasi carta sensasi industri hiburan apabila hari ini seorang wanita muncul membuat pengakuan berserta bukti mengenai hubungan cintanya sejak Januari tahun ini dengan pelakon asal Singapura yang juga suami kepada Bella Asatilah itu.

“Pertama sekali saya bukan berniat untuk mengeruhkan keadaan atau mengaibkan mana-mana pihak, tapi tujuan saya adalah untuk menerangkan situasi sebenar.

“Saya merupakan kekasih kepada Aliff sejak Januari lalu dan apa yang berlaku sememangnya salah, namun tidak wajar kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada Aliff seorang saja,” tulis wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan mendedakan pelbagai dakwaan termasuk mengaitkan seorang pelakon wanita dengan Aliff serta memberitahu Bella maklum mengenai hubungannya.

Malah, Sarah juga dengan berani berkongsi video Aliff mencium dirinya dan dipeluk mesra.

Dia juga melahirkan rasa kecewa kerana Aliff mendukan dirinya dengan pelakon wanita yang ditahan bersama Alif di sebuah kondominium mewah sebelum ini namun masih setia dan enggan membiarkan lelaki itu menanggung hal berkenaan sendirian dan dipergunakan oleh pelakon wanita berkenaan.

Episod kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di sini, Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Cepat penat, hidung kerap berdarah’… Zara Zya

by thevokal 21/12/2025 22

PELAKON terkenal Zara Zya berkongsi berita menyentuh hati apabila mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser

Selebriti

Penantian Berbaloi… My Chemical Romance kekal dua

by thevokal 20/12/2025 37

Satu penantian yang berbaloi. Itulah yang dapat digambarkan bagi peminat My Chemical Romance (MCR)

Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’

by thevokal 15/12/2025 61

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.