Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kelly Nafi ‘Potong Kek’ – Saya Hanya Freelance
 Kelly Nafi ‘Potong Kek’ – Saya Hanya Freelance
Semasa

Kelly Nafi ‘Potong Kek’ – Saya Hanya Freelance

by VOKALIS 05/04/2024 575

Kelly Azman menafikan hubungannya dan Ifa Raziah tidak baik selepas bukan lagi pengacara festival raya anjuran penyanyi dangdut itu.

Kelly atau nama sebenarnya, Raja Azman Raja Ayob, berkata selain menyanyi dia mencari rezeki sebagai pengacara secara ‘freelance’ dan tidak ada istilah dirinya tidak berbaik dengan selebriti itu hanya kerana dia telah mengendalikan acara raya yang lain.

“Cerita begini, saya ada dapat tawaran sebagai pengacara untuk beberapa festival raya. Jadi rasanya tak salah kalau saya nak cari satu kelainan untuk tahun ini.

“Saya masih boleh bekerjasama dengan pihak sana (Ifa), kita tak ada apa-apa masalah. Sebab bagi saya, kita datang dengan cara baik jadi biarlah kita pergi pun dengan cara baik. Tak ada gaduh.

“Kalau soal bayaran, ‘rate card’ kita sama sahaja walau di acara mana-mana pun. Jadi isu itu tidak timbul pun. Insya-Allah kalau ada rezeki boleh bekerjasama lagi,” katanya.

Kelly turut dikenali sebagai antara rakan yang rapat dengan penyanyi berkenaan.

“Bila orang panggil bagi kerja, saya pergilah kalau tidak terikat dengan mana-mana komitmen lain. Saya rasa Ifa pun lebih faham memandangkan dia seorang selebriti. Untuk saya, kalau sudah ada peluang rezeki tak kan lah kita nak tolak.

“Apa pun, memang tiada isu. Cuma saya nak angin baru sahaja. Hubungan saya dengan Ifa masih baik lagi,” katanya lagi.

Kelly ditemui pada Majlis Iftar Raya Bersama Artis Rusa & MVM di Shah Alam, pada Isnin. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 15

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 26

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 30

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.