Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Gajah liar betina berjaya dipindahkan di Tanah Merah… Abot dan Sanum bantu operasi
 Gajah liar betina berjaya dipindahkan di Tanah Merah… Abot dan Sanum bantu operasi
Semasa

Gajah liar betina berjaya dipindahkan di Tanah Merah… Abot dan Sanum bantu operasi

by VOKALIS 11/11/2026 22

Seekor gajah liar betina berjaya dipindahkan dalam satu operasi khas bagi membolehkan haiwan berkenaan dilepaskan semula ke habitat semula jadi yang lebih sesuai  di Tanah Merah, Kelantan, pada Selasa. 

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia menerusi sebuah kenyataan memaklumkan, gajah liar berkenaan mempunyai ukuran tapak kaki 13.5 inci dan berada dalam keadaan sihat ketika operasi dijalankan.

Foto: Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Menurut kenyataan itu, keadaan kesihatan haiwan berkenaan turut dipantau oleh Pegawai Veterinar bagi memastikan keselamatannya sepanjang proses pemindahan.

Operasi berkenaan membabitkan seramai 27 kakitangan daripada Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Menariknya, dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Sanum turut memainkan peranan membantu menjayakan operasi pemindahan berkenaan.

PERHILITAN turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan operasi berjalan lancar dan selamat.

Usaha itu mencerminkan komitmen berterusan dalam pengurusan hidupan liar serta memastikan kelestarian spesies gajah untuk generasi akan datang. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

“Menang atau sebaliknya, Aina tetap kebanggaan kita

by VOKALIS 11/11/2026 37

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan sokongan dan ucapan selamat maju jaya kepada

Selebriti

Noraniza Idris, EMYALY bergabung angkat batik Terengganu

by VOKALIS 11/11/2026 34

KEINDAHAN batik Terengganu terus diberi nafas baharu apabila Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berganding

Semasa

Gardenia sahkan produk patuhi piawaian keselamatan makanan

by VOKALIS 11/11/2026 21

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memberi jaminan bahawa produk keluarannya mematuhi spesifikasi keselamatan makanan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.