Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Kena Tegur, Siapa Makan Cili…! – FYP Drama Band, Konsert Sulung Oktober Ini
 Kena Tegur, Siapa Makan Cili…! – FYP Drama Band, Konsert Sulung Oktober Ini
Selebriti Semasa

Kena Tegur, Siapa Makan Cili…! – FYP Drama Band, Konsert Sulung Oktober Ini

by VOKALIS 03/09/2024 199

Band dengan muzik yang sentiasa muncul dengan karya segar bersama elemen satira dan muzik berani, Drama Band muncul menerusi lagu FYP.

Selari dengan tajuknya, lagu berkenaan mula menghiasi halaman media sosial dengan kisah panas mengenai penunggang agama yang kutip hasil dengan cara sedekah.

Isu yang diangkat dalam karya menarik ini dekat melalui kes yang berlaku di negara ini termasuk menggemparkan masyarakat apabila ada pihak yang mengecap kemewahan dengan menggunakan tiket agama.

“Siapa makan cili dan dia terasa maka kami tidak boleh buat apa.

“Kami rasa perlu bersuara supaya tidak ada lagi yang terpedaya dengan helah yang mengambil kesempatan atas nama simpati,” kata vokalisnya Aepul.

Lagu berkenaan bakal dimuatkan dalam album sulung mereka berjudul ‘Drama’ yang memuatkan 21 lagu.

Lebih menarik, selepas lebih sedekad dalam industri hiburan Drama Band bakal mempersembahkan konsert sulung mereka ‘The Hardest Malam Drama’ yang berskala besar pada 05 Oktober 2024 ini di Zepp Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai konsert berkenaan, Aepul berkata ia menjadi satu manifestasi terindah kumpulan berkenaan selepas bertahan lebih sedekad dalam industri.

“Bukan soal mengapa baru sekarang, bagi saya lebih kepada rezeki buat kami untuk tampil dengan konsert sulung ini.

“Kami janjikan yang terbaik buat semua peminat dan hampir kesemua lagu akan kami persembahkan dalam susunan muzik lebih segar dan baharu,” katanya.

Tiket sudah mula dijual bermula pada 22 Ogos lalu di laman web.ticket2u.com.my. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Selebriti Semasa

Konsert Istimewa Februari 2025 -Jamal Abdillah Imbau

by VOKALIS 01/11/2024 276

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah bakal membawa kembali momen 40 tahun lalu ke pentas

Selebriti

Ernie Zakri Pilihan Utama Sufi Rashid –

by VOKALIS 30/10/2024 237

Sentiasa meninggalkan momen dalam setiap persembahannya di pentas seperti Anugerah Juara Lagu, Ernie Zakri

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.