Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kes Zayn Rayyan: Ibu Bapa Dituduh Abaikan Anak
 Kes Zayn Rayyan: Ibu Bapa Dituduh Abaikan Anak
Semasa

Kes Zayn Rayyan: Ibu Bapa Dituduh Abaikan Anak

by The Vokal 13/06/2024 728

Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu pada Disember tahun lalu.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada pukul 12 tengah hari pada 5 Disember hingga pukul 9.55 malam 6 Disember lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya faham pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah,” kata kedua-dua tertuduh tenang ketika masing-masing ditanya pengakuan untuk direkodkan.

Terdahulu sebelum pertuduhan dibacakan semasa ditanya jurubahasa sama ada kedua-dua tertuduh sihat atau tidak, Zaim Ikhwan menyatakan sihat manakala Ismanira pula mengatakan dia tidak sihat dan mengalami muntah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala peguam Fahmi Abd. Moin dan Mahmud Abdul Jumaat masing-masing mewakili Zaim Ikhwan dan Ismanira.- THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 1

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 30

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 47

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.