Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Khidmat Shuib Di Konti Radio Suria FM Berakhir Hari Ini, Mahu Tumpu Komitmen Terhadap Bisnes
 Khidmat Shuib Di Konti Radio Suria FM Berakhir Hari Ini, Mahu Tumpu Komitmen Terhadap Bisnes
Selebriti Semasa

Khidmat Shuib Di Konti Radio Suria FM Berakhir Hari Ini, Mahu Tumpu Komitmen Terhadap Bisnes

by VOKALIS 04/12/2023 696

Selepas lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib telah berakhir berkuat kuasa pada 4 Disember 2023 (Isnin) hari ini.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), kerjasama yang telah terjalin selama hampir dua tahun itu merupakan satu langkah strategik bagi Suria FM dalam rangka perancangan bagi menghadapi 2023.

“Berdasarkan pelan dirancangkan dan telah pun dipersetujui Shuib pada masa itu, kolaborasinya cuma untuk beberapa tempoh sahaja di samping beliau ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang.

“Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.

“Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami. Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” ujarnya.

Walau bagaimanapun DJ Lin menambah, Suria FM terus berharap untuk menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang.

Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi beliau berjanji, pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.

Terus dengarkan Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat daripada 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 23

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 54

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 60

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.