Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kita Tunggu – Kenyataan Vaksin Covid-19 AstraZeneca
 Kita Tunggu – Kenyataan Vaksin Covid-19 AstraZeneca
Semasa

Kita Tunggu – Kenyataan Vaksin Covid-19 AstraZeneca

by VOKALIS 09/05/2024 520

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu vaksin Covid-19, AstraZeneca dalam masa terdekat.

Menterinya, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu semua pihak diharap supaya bersabar, namun beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

“KKM akan mengeluarkan kenyataan terkait AstraZeneca dalam waktu terdekat, harap bersabar,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas Persidangan Clinical Research Malaysia (CRM) di sini, hari ini.

Terdahulu, syarikat farmaseutikal, AstraZeneca menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia, beberapa bulan selepas mengaku vaksin tersebut mempunyai kesan sampingan yang berbahaya, lapor akhbar Daily Mail.

Suntikan yang dibangunkan oleh Universiti Oxford itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat tersebut secara sukarela menarik balik kebenaran pemasarannya, berkuat kuasa kelmarin.

Permohonan serupa untuk menarik balik vaksin akan dibuat di negara lain yang telah meluluskannya sebelum ini.

Sebelum ini, Dzulkefly dilaporkan berkata, KKM akan meminta penjelasan daripada Firma Farmaseutikal AstraZeneca berhubung pengeluaran vaksin Covid-19 yang memberi kesan sampingan.

Beliau dipetik berkata, pihaknya akan meminta wakil daripada firma itu untuk membuat penjelasan dengan lebih teliti dan telus kepada semua pihak di negara ini. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 40

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 40

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 44

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.