Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Komplot Bunuh Suami – Wanita Dan Adik Tiri Dituduh Membunuh
 Komplot Bunuh Suami – Wanita Dan Adik Tiri Dituduh Membunuh
Semasa

Komplot Bunuh Suami – Wanita Dan Adik Tiri Dituduh Membunuh

by VOKALIS 26/04/2024 693

Bekas isteri kepada pemandu e-hailing yang ditemukan mati dibunuh di Jalan Anjur Juara Batu 5 Jalan Apas dekat sini, dua tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau, atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Nurima Juli, 35, bersama seorang adik tirinya, Sadam Kiram, 30, didakwa mencapai niat bersama membunuh Nurman Bakaratu, 61.

Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, dekat sini, antara jam 7.30 malam hingga 11.30 malam, pada 13 Januari 2023.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa dihadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin

Tiada sebarang pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakrurrazi Ahmad Salim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 52

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 49

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 58

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.