Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Twincity Marathon Sasar 12,000 Peserta 2025 – Belanja Kuih Tradisional Buat Peserta
 Twincity Marathon Sasar 12,000 Peserta 2025 – Belanja Kuih Tradisional Buat Peserta
Semasa Stadium

Twincity Marathon Sasar 12,000 Peserta 2025 – Belanja Kuih Tradisional Buat Peserta

by VOKALIS 29/04/2024 877

Twincity Marathon, sebuah acara larian yang telah dianjurkan selama sembilan tahun, mensasarkan untuk memecah rekod tahun depan dengan jumlah peserta yang lebih tinggi berbanding tahun 2020.

Menurut kenyataan Twincity Marathon, pada peringkat permulaan terdapat sekitar 4,500 peserta pada tahun 2015 dan telah berkembang hampir tiga kali ganda menjelang 2020 untuk merangkumi 12,000 peserta.

Dianggarkan acara larian tahunan pada kali ini mendapat sambutan kira-kira 8,000 lebih peserta dari 24 negara termasuk Qatar, Brazil, Kenya dan sebagainya.

Twincity Marathon pada kali ini meraikan penglibatan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak kurang upaya dalam mengambil bahagian dalam segmen khusus acara larian.

Lebih menarik, Twincity Marathon turut menyediakan makanan tempatan di stesen air kepada para peserta salah satunya kuih apam dan peneram.

Turut mengambil bahagian dalam acara larian ini ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Acara larian ini menawarkan empat kategori yang berbeza iaitu 5km, 12km, 21km, dan 42km.

Twincity Marathon turut mendapat sokongan penglibatan dari polis IPD Sepang, IPD Trafik Putrajaya, Polis Cyberjaya dan PDRM Trafik bagi melancarkan aliran trafik acara.

Acara larian tahunan ini dianjurkan oleh Ten Senses (M) Sdn Bhd di Persiaran Flora dengan tajaan dari Hospital Pakar Avisena dan Cyberview. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 160

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 175

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 170

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.