Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lebih 100 sajian lazat – ‘Cita Rasa Timur Tengah’ Di Zai Sri Gemilang
 Lebih 100 sajian lazat – ‘Cita Rasa Timur Tengah’ Di Zai Sri Gemilang
Semasa

Lebih 100 sajian lazat – ‘Cita Rasa Timur Tengah’ Di Zai Sri Gemilang

by VOKALIS 28/03/2024 507

Suasana Ramadan lebih dekat dah terasa apabila syarikat katering terkemuka tanah air Zai Sri Gemilang kembali dengan tradisi pakej berbuka puasa ‘Bufet 25 Malam’ shingga 7 April ini bertempat di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.

Selain mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan kemudahan fasiliti termasuk kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa, ‘Bufet 25 Malam’ juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team yang diundang khas sebagai tarikan utama untuk menghiburkan para tetamu pada hujung minggu.

Sebanyak lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuklah hidangan signature wajib dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus selain Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah. Bukan itu sahaja, Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.

Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan aneka pilihan jenis pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, pencuci mulut seperti kuih muih, puding, aiskrim, buah-buahan, minuman serta banyak lagi.

Mengulas lanjut mengenai penganjuran ‘Bufet 25 Malam’ tahun ini, Datin Zaiton Abdul Rahman selaku Pengasas dan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang berkata pilihan makanan timur tengah ialah kelainan yang dibawa kali ini.

“Kata orang-orang lama, kalau ingin menambat hati seseorang pikatlah perutnya. Kalau perut sudah terpikat, maka senanglah hatinya,”katanya.

Zai Sri Gemilang menawarkan harga RM108 (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad) untuk orang dewasa.

Pakej berbuka puasa persendirian dan korporat turut disediakan dengan harga serendah RM90 seorang untuk tempahan minima 400 orang ke atas bagi tempahan awal (Isnin-Jumaat).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 17

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

Selebriti

Darah Beku Dalam Otak, Shamsul Ghau Ghau

by thevokal 24/01/2026 18

Selebriti Shamsul Ghau Ghau dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas

Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 33

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.