Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pencuri Bawa Lari Senjata Api – Pecah Masuk Rumah Warga Emas
 Pencuri Bawa Lari Senjata Api – Pecah Masuk Rumah Warga Emas
Semasa

Pencuri Bawa Lari Senjata Api – Pecah Masuk Rumah Warga Emas

by VOKALIS 28/03/2024 594

Senjata api milik seorang warga emas dibawa lari oleh pencuri dalam kejadian pecah masuk rumahnya di Kampung Air Kuning Selatan, Tampin, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kira-kira pukul 9.51 malam tadi, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian pecah rumah mangsa iaitu lelaki warga emas berusia 60 tahun itu.

Menurutnya, kejadian tersebut telah mengakibatkan mangsa kehilangan selaras senjata api jenis shortgun 12 bore, 200 butir peluru 12 bore, dan seunit peti besi simpanan senapang.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian pecah rumah dipercayai berlaku di antara pukul 2.30 petang sehingga 8 malam. Ketika kejadian mangsa tiada di rumah dan berada di Gemas.

“Sehubungan itu, polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohamad Fatahulmoin Mat Isa atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin melalui talian 06-4431999 @ 06-4411222 dan boleh juga menghubungi balai polis berhampiran. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 100

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 112

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 110

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.