Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. LIMA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DIUMUM MENGANGGOTAI KERAJAAN PERPADUAN
 LIMA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DIUMUM MENGANGGOTAI KERAJAAN PERPADUAN
Semasa

LIMA MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI DIUMUM MENGANGGOTAI KERAJAAN PERPADUAN

by VOKALIS 12/12/2023 798

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri untuk menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pelantikan itu termasuk dua muka baharu dan penampilan semula tiga bekas menteri.

Menteri baharu yang dilantik ialah:

  • Ahli Parlimen Titiwangsa dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani – Menteri Perladangan dan Komoditi
  • Ahli Parlimen Damansara dan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo – Menteri Digital
  • Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad – Menteri Kesihatan
  • Datuk Seri Amir Hamzah Azizan – Menteri Kewangan II (Dilantik senator)
  • Steven Sim Chee Keong – Menteri Sumber Manusia

Timbalan Menteri baharu yang dilantik pula ialah:

  • Datuk Seri Dr Noraini Ahmad – Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • M. Kulasegaran – Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
  • Datuk Ramanan Ramakrishnan – Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Wong Kah Woh – Pendidikan
  • Dr Zulkifli Hasan – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dilantik senator

Rombakan kabinet itu menjadikan jumlah Ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 manakala Timbalan Menteri meningkat daripada 27 kepada 29.

Langkah itu sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini 60 orang.

Menerusi rombakan tersebut, seorang menteri dan dua timbalan menteri digugurkan iaitu Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar selain Ramkarpal Singh (Jabatan Perdana Menteri – Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Datuk Siti Aminah Aching (Perladangan dan Komoditi). – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 16

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 36

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 44

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.