THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lokman Mohon Maaf Pada KJ – Kes Fitnah Vaksin Selesai
 Lokman Mohon Maaf Pada KJ – Kes Fitnah Vaksin Selesai
Semasa

Lokman Mohon Maaf Pada KJ – Kes Fitnah Vaksin Selesai

by The Vokal 15/04/2024 220

Kes saman fitnah antara Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu vaksin Covid -19 akhirnya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Memetik laporan Kosmo, kes itu selesai apabila Lokman bersetuju untuk memohon maaf dalam tempoh 30 hari selain membayar pampasan kepada Khairy.

Dalam prosiding di hadapan Hakim, Dr.John Lee Kien How @ Mohd. Johan sepatutnya ditetapkan bagi perbicaraan hari pertama kes saman itu, namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik yang mana penyelesaian kemudian direkodkan mahkamah.

“Tiada perintah untuk kos dalam kes ini Tahniah (atas penyelesaian kes) dan mahkamah menghargai usaha serta bantuan kedua-dua pihak. Alhamdulillah, kita selesai rekodkan penghakiman persetujuan dan terima kasih,” kata Hakim itu.

Terdahulu semasa prosiding peguam Abdul Rashid Ismail yang mewakili Khairi berkata terma lain yang turut dipersetujui ialah Lokman memadam tujuh hantaran membabitkan gambar, video dan kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook serta Youtube ahli MKT UMNO itu.

“Defendan (Lokman) juga setuju untuk tidak siarkan dan berkongsi semula kenyataan fitnah berkenaan. Defendan juga setuju pastikan memadam semua kenyataan fitnah. Defendan setuju menyiarkan permohonan maaf dalam bahasa Melayu serta Inggeris mengikut terma dipersetujui di Facebook dan Youtube defendan. Akhir sekali, defendan setuju membayar satu jumlah yang tidak boleh didedahkan,” peguam itu.

Bagaimanapun semasa prosiding, Lokman tidak hadir dan diwakili peguam Logen Eskander Abdullah.

Khairy, 48, selaku plaintif memfailkan dua saman secara berasingan pada 25 Januari 2022 dengan menamakan Lokman, 51, dan Mohd. Rasyiq Mohd. Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq, 43, sebagai defendan.

Prosiding hari ini hanya melibatkan kes saman terhadap Lokman.

Khairy memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa Lokman memfitnahnya menerusi dua video serta memuat naik gambar di Facebook ‘Lokman Noor Adam Official’ pada 6 Januari 2022, membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook itu dan Youtube ‘Lokman Adam’ pada 10 Januari. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 326

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 198

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.