Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. LTU Raub Bypass Dibuka Tengah Malam Ini – Jimat 30 Minit
 LTU Raub Bypass Dibuka Tengah Malam Ini – Jimat 30 Minit
Semasa

LTU Raub Bypass Dibuka Tengah Malam Ini – Jimat 30 Minit

by VOKALIS 07/03/2024 236

Pengguna jalan raya kini dapat menjimatkan masa perjalanan mereka menerusi pembukaan sebahagian jalan Seksyen 5A: Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub bypass sepanjang 6.4 kilometer (km).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata laluan terbabit yang mula dibuka pada pukul 12.01 tengah malam ini dapat menjimatkan masa kira-kira 30 minit berbanding dua jam yang diambil pengguna dari Bentong ke Raub.

Kredit: Instagram Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

“Pengguna yang berulang alik ke pantai timur boleh menggunakan jalan pintas ini dan tidak perlu lagi melalui bandar Bentong dan Raub terutama ketika waktu puncak, musim perayaan dan cuti umum.

“Pembukaan jajaran ini akan memberi manfaat kepada pengguna jalan raya dengan memendekkan masa perjalanan dari Lebuh Raya Pantai Timur ke Kuala Lipis, tanpa perlu melalui Bandar Bentong dan Raub dengan jarak perjalanan sepanjang 45.3 km,” katanya pada perasmian pembukaan sebahagian jalan sepanjang 6.4 kilometer itu, hari ini.

Kredit: Instagram Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan Seksyen 5A ini bermula pada 13 Jun 2019 dengan melibatkan kos berjumlah RM252.5 juta dan baki sepanjang 2.6 km dijadual disiapkan pada Jun 2024.

Beliau memberitahu panjang laluan Seksyen 5A: Raub ByPass adalah 9.6 km keseluruhannya dan dengan pembukaan 6.4 km pada hari ini termasuk 600 meter yang dibuka pada 24 Jun tahun lalu menjadikan jajaran yang telah dibuka kepada rakyat adalah tujuh kilometer.

Kredit: Instagram Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

“Perjalanan yang lebih singkat ini pastinya menjadi pilihan pengguna jalan raya kerana mampu mengurangkan kesesakan jalan raya dan kos bahan api khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

Kredit: Instagram Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Dalam pada itu, Alexander berkata kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk membina Kawasan Rehat dan Rawat ( R&R) di laluan berkenaan bagi keselesaan pengguna. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 391

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.