Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Lelaki Ditembak Jarak Dekat – Penyelia ‘Guard’ Cedera
 Lelaki Ditembak Jarak Dekat – Penyelia ‘Guard’ Cedera
Semasa

Lelaki Ditembak Jarak Dekat – Penyelia ‘Guard’ Cedera

by VOKALIS 07/03/2024 506

Seorang penyelia pengawal keselamatan cedera di bahagian badan selepas ditembak pada jarak dekat di Jalan Mokhtar, Kapar, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu selepas menerima panggilan daripada pihak Klinik Kesihatan Kapar jam 4.54 petang, semalam.

“Siasatan awal dilakukan mendapati mangsa lelaki tempatan berusia 46 tahun yang juga penyelia pengawal keselamatan ditembak di bahagian tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan.

“Pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian mendapati mangsa ditembak oleh suspek yang menaiki kereta berwarna hitam dari jarak dekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Vijaya berkata, mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Bertindak atas maklumat diperolehi, beliau berkata, pihaknya menahan lima lelaki berusia lingkungan 40 hingga 45 tahun di sekitar Kapar antara jam 10 malam hingga 1 pagi tadi bagi membantu siasatan.

“Motif kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan M Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 63

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 64

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 66

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.