Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Mahu Jadi Seperti Pamela Anderson – Ning Baizura Tidak Suka Pakaian Dalam
 Mahu Jadi Seperti Pamela Anderson – Ning Baizura Tidak Suka Pakaian Dalam
Selebriti Semasa Sensasi

Mahu Jadi Seperti Pamela Anderson – Ning Baizura Tidak Suka Pakaian Dalam

by VOKALIS 12/01/2024 728

Mengakui badannya senang berpeluh, penyanyi Ning Baizura mengakui dia kurang gemar mengenakan pakaian dalam.

Tambah penyanyi lagu Selagi Ada itu,
dia berdepan dengan masalah badan kuat berpeluh dan keadaan itu menyebabkan dirinya berasa rimas apabila mengenakan pakaian dalaman terutama ketika menggayakan busana material fabrik tebal.

Ning Baizura

“Disebabkan saya memang kuat berpeluh dan memang tak suka memakai pakaian dalaman kerana busana-busana yang dipakai memang tebal. Bila menyanyi di pentas, memang panas, gelilah, peluh sana peluh sini.

“Bila saya dah jadi ibu dan isteri, graviti memang tak membantu diri ini. Jangan salah anggap ya dik, setiap wanita ada kebebasan untuk pilih apa yang mereka hendak buat pada diri sendiri supaya dapat kecapi bentuk badan yang terbaik untuk diri mereka sendiri,”katanya.

Penyanyi yang pernah mencetuskan kontroversi mengenai fantasi seksnya satu ketika dulu berkata demikian dalam satu klip video Podcast The Wow Show.

“Lima tahun saya ulang alik bertemu dengan doktor , fikir sama ada ini ada risiko atau sebaliknya. Saya korbankan demi kerjaya dan nasib baik suami sokong. Nak tular, tularlah, yang penting saya puas dan pelaburan ini berbaloi,”katanya.

Ning turut berkongsi bagaimana dia ingin mendapatkan bentuk payu dara yang cantik selain memasang angan-angan untuk menjadi seperti selebriti kontroversi Hollywood, Pamela Anderson.

“Bila saya dah cecah 40 tahun, saya buat keputusan nak buat sesuatu dengan badan ini. Saya nak ‘lift’, maskudnya di bahagian sini (menunjukkan bahagian dada). Sebab saya malas nak pakai baju dalam, leceh betul.

“Jadi lima tahun ini, saya dah jumpa doktor yang sama, tetapi saya tak buat-buat juga meskipun sasaran saya adalah mendapatkan payu dara yang cantik.

“Saya fikir nak jadi macam Pamela Anderson. Itu adalah impian saya, konon-konon macam dalam siri Baywatch. Tapi saya tak buat pun,”katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 52

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 49

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 58

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.