Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. MCPF Tawar Ganjaran RM20,000 – Salur Info Kes Zayn Rayyan
 MCPF Tawar Ganjaran RM20,000 – Salur Info Kes Zayn Rayyan
Semasa

MCPF Tawar Ganjaran RM20,000 – Salur Info Kes Zayn Rayyan

by VOKALIS 06/02/2024 448

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor untuk memberi ganjaran sebanyak RM20,000 kepada sesiapa yang membantu polis sehingga suspek pembunuh Zayn Rayyan Abdul Matin ditangkap.

Tindakan itu disambut baik datuk kepada kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba, 56, yang berharap ganjaran yang disifatkan agak besar itu menjadi galakan kepada individu yang mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

Menurutnya, tawaran itu juga baik kerana dapat membantu keluarganya untuk menuntut keadilan buat Zayn Rayyan.

“Mulanya saya tak tahu menahu mengenai ganjaran itu kerana tak dihubungi oleh pihak berkenaan (MCPF).

“Saya hanya tahu selepas terbaca artikel mengenainya di web Harian Metro.

“Bagi saya, ia (inisiatif) yang bagus kerana beri galakan mereka yang berhajat (mahu ganjaran) untuk tampil, cuma mungkin nanti polis tak menang tangan layan pemberi maklumat,” katanya.

Berkongsi ikhtiar dilakukan bagi menjejaki pelaku, Zahari berkata, keluarganya ada mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang bertujuan untuk mendapatkan petunjuk.

“Berdasarkan petunjuk diperoleh, kami maklumkan kepada pihak polis untuk ke lokasi tertentu namun belum berhasil membawa kepada penemuan suspek.

“Pada masa sama, ada juga dapat panggilan daripada empat ke lima orang bomoh namun kami abaikan kerana mahu beri tumpuan kepada perkembangan daripada pihak polis.

“Buat masa ini, kami sekeluarga serahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan lanjut,” katanya.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Pangsapuri Idaman pada keesokannya.

Bagaimanapun siasatan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pengorbanan Hamada luar biasa, semangat arwah Aifat

by thevokal 01/01/2026 12

Kisah tular pengorbanan suami arwah Siti Nuraifat Bueraheng atau Aifat, iaitu Ahmad Hamada Ayueman,

Selebriti

Saat orang lain berhibur, ribuan pengunjung bermuhasabah

by thevokal 01/01/2026 16

DI saat kebanyakan sambutan ambang tahun baharu lazimnya dipenuhi hiburan dengan sorakan tanpa henti,

Selebriti

Ezaidi Aziz, wartawan mStar ‘tapau’ gelanggang, juara

by thevokal 31/12/2025 14

Pelakon Ezaidi Aziz bersama wartawan mStar, Nazrin Zulkafli, dinobatkan sebagai juara edisi sulung acara

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.