Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Mekanik Ke Tali Gantung – Edar Dadah 200 Kilogram
 Mekanik Ke Tali Gantung – Edar Dadah 200 Kilogram
Semasa

Mekanik Ke Tali Gantung – Edar Dadah 200 Kilogram

by VOKALIS 08/03/2024 491

Seorang mekanik dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini, selepas dia didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine hampir 200 kilogram, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan keputusan itu terhadap Tai Chee Khiong, 51, selepas mengambil kira jumlah berat dadah terbesar di Sabah.

Hock Leng ketika membacakan keputusan berkata, tertuduh mempunyai pengetahuan dan milikan secara langsung terhadap dadah seberat 199,950.01 gram dan mensabitkannya dengan pertuduhan.

Katanya, jika mengambil kira berat dadah bagi semua kes mahkamah di Tawau untuk tempoh tiga tahun, ia tidak menyamai jumlah tangkapan dadah membabitkan kes tertuduh.

Jelasnya, tertuduh juga tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas kesalahan yang dilakukan dan hanya mendiamkan diri apabila diberi peluang bercakap di Mahkamah sebelum hukuman dibacakan.

Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan dalam hujahnya hanya menyentuh mengenai kesalahan pertama tertuduh tanpa menyatakan apa-apa mengenai kekesalan anak guamnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Batu Payung dalam daerah Tawau, pada 6 September 2021, pukul 7.30 malam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain bersama Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Achok.

Hurman dalam hujahnya berkata, meskipun keputusan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah, namun pihaknya berharap agar hukuman mati dikenakan terhadap tertuduh atas faktor jumlah berat dadah dan kepentingan awam.

Sepanjang prosiding perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan lima orang saksi manakala seorang saksi bagi pihak pembelaan iaitu tertuduh sendiri.

Untuk rekod, sabitan kes ini adalah kes pertama Mahkamah Tinggi Tawau menjatuhkan hukuman mati selepas pemansuhan hukuman mati mandatori yang berkuatkuasa 4 Julai 2023. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Cepat penat, hidung kerap berdarah’… Zara Zya

by thevokal 21/12/2025 27

PELAKON terkenal Zara Zya berkongsi berita menyentuh hati apabila mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser

Selebriti

Penantian Berbaloi… My Chemical Romance kekal dua

by thevokal 20/12/2025 39

Satu penantian yang berbaloi. Itulah yang dapat digambarkan bagi peminat My Chemical Romance (MCR)

Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’

by thevokal 15/12/2025 64

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.