Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Mira Filzah Jumpa Refal Hady – Bawa Diri Ke Indonesia? 
 Mira Filzah Jumpa Refal Hady – Bawa Diri Ke Indonesia? 
Selebriti Semasa Serantau

Mira Filzah Jumpa Refal Hady – Bawa Diri Ke Indonesia? 

by VOKALIS 19/12/2023 988

Lama tidak muncul dalam garis masa media, dalam diam Mira Filza membawa diri ke Indonesia. Lebih menarik dia dikhabarkan bertemu dengan aktor kacak di sana, Refal Hady. 

Masakan tidak, Mira diumumkan sebagai seorang daripada pelakon di dalam filem terbaharu arahan Hanung Bramantyo berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu.

Filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu merupakan adaptasi novel terlaris karya Phutut EA turut dibintangi oleh pelakon Nadya Arina, Carissa Perusset serta Refal Hady yang menjadi pelakon utama filem berkenaan. 

Pelakon Cinta Si Wedding Planner ini meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila terpilih untuk terlibat di dalam filem arahan Hanung Bramantyo itu.

“Sejujurnya Mira rasa sangat teruja, terharu dan bersyukur dapat terlibat di dalam filem ini kerana sememangnya untuk melebarkan sayap ke Indonesia sudah menjadi Impian Mira sejak dahulu lagi. 

“Jadi apabila dipilih untuk terlibat di dalam filem ini dan bekerjasama bersama sutradara tersohor Indonesia, Hanung Bramantyo, satu kebanggaan buat diri Mira sendiri. 

“Di dalam filem ini, Mira memegang watak sebagai Sarah, seorang doktor dari Malaysia yang bertemu dengan Daku Ramala lakonan Refal Hady dan kemudiannya mereka mula berkawan rapat, namun seperti judul filemnya, cinta mereka tak kesampaian,” katanya. 

Mira menambah, dia juga rasa teruja kerana dapat berlakon bersama pelakon pelakon lagenda Indonesia seperti Dwi Irawan dan Slamet Rohardjo. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 30

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 47

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 76

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.