Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Misi MU Selamat Musim Hambar – Perlu Utamakan Piala FA
 Misi MU Selamat Musim Hambar – Perlu Utamakan Piala FA
Semasa Stadium

Misi MU Selamat Musim Hambar – Perlu Utamakan Piala FA

by VOKALIS 28/02/2024 438

Manchester United (MU) perlu meletakkan fokus dan keutamaan untuk merebut Piala FA bagimenyelamatkan musim hambar 2023/2024.

Penjaga gol legenda United, Gary Bailey menggesa pemain-pemain pasukan itu supaya memburu Piala kerana ia merupakan satu-satunya sasaran realistik mereka musim ini.

Gary Bailey

Bagaimanapun, skuad kendalian Erik Ten Hag itu perlu melepasi halangan Nottingham Forest terlebih dahulu menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada pusingan kelima di City Ground awal pagi esok.

“Mereka perlu bermain mati-matian dalam setiap perlawanan Piala FA kerana inilah satu-satunya peluang mereka untuk memenangi sesuatu pada musim ini. Saya tahu misi utama adalah layak ke kancah Eropah, namun Piala FA boleh menjadi pembakar semangat.

“Saya berharap kami boleh melangkah ke perlawanan akhir kerana United sudah pun tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selain jauh ketinggalan dalam perebutan takhta Liga Perdana,” katanya.

Untuk rekod, United dianggap sebagai pasukan paling berjaya dalam saingan Piala FA apabila sudah memenanginya sebanyak 12 kali dengan kali terakhir dilakukan pada 2016.

“Berdasarkan sejarah, Piala FA adalah antara kejohanan teragung buat United, namun ia sedikit terhakis bermula era 1990-an kerana United cukup hebat di pentas Eropah dan liga ketika itu.

“Saya masih anggap ia sebagai trofi paling penting dalam bola sepak England. United masih boleh berbangga musim ini sekiranya mereka mampu menjulang trofi tersebut,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Alyah, Dr Afif saran fahami tujuan bariatrik…

by thevokal 11/11/2025 30

PEMBEDAHAN bariatrik atau ‘potong perut’ semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah

Selebriti

Siti Nurhaliza dilantik sebagai Profesor Adjung UiTM

by thevokal 06/11/2025 44

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, terus menjadi inspirasi apabila dilantik sebagai Profesor

Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 59

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.