Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Misteri Ketuk Pintu Di Perlis – Penduduk Kongsi Pengalaman Seram
 Misteri Ketuk Pintu Di Perlis – Penduduk Kongsi Pengalaman Seram
Semasa

Misteri Ketuk Pintu Di Perlis – Penduduk Kongsi Pengalaman Seram

by VOKALIS 16/01/2024 678

Gangguan misteri ketukan pintu didakwa berlaku di Perlis sejak Jumaat lalu di beberapa kawasan di Batu Bertangkup, Chuping, Padang Besar sebelum ia merebak ke kawasan lain seperti di Pauh, Arau.

Malah, ada mendakwa gangguan ketukan berkenaan sudah semakin ‘berani’ sehingga memasuki ke dalam rumah pula.

Situasi sama berlaku kepada pasangan suami dan isteri, Muhammad Syakir Mohd Yusof, 29, dan Siti Masmerang Arifin, 47, yang mendakwa kediaman mereka di Taman Pauh Indah, Pauh di sini mengalami gangguan sebanyak dua kali pada Ahad dan semalam.m

Menurut Muhammad Syakir, ia adalah kejadian pertama berlaku di rumah yang sudah setahun diduduki oleh mereka.

“Seingat saya ketika itu suasana di sekitar rumah sunyi, sekitar 2.30 pagi, tiba-tiba terdengar ketukan di pintu hadapan rumah sebanyak tiga kali.

“Gaya ketukan itu agak pantas seperti mendesak kami untuk segera membuka pintu,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Syakir berkata selepas ketukan itu berlaku, dia mengejutkan isterinya dan segera memeriksa, namun tiada sesiapa pun berada di luar rumah.

“Malah, selepas saya membuka pintu rumah juga, terdengar salakan anjing jiran bersahutan dan segera saya menutup pintu semula,” katanya.

Dia berkata, gangguan itu tidak terhenti di situ dan pada keesokannya, mereka sekali lagi mendakwa diganggu ketukan misteri berkenaan.

“Kali ini ketukan itu sudah memasuki ke dalam rumah. Sekitar 2.20 pagi, saya terdengar ketukan yang sama seperti di pintu rumah semalam kali ini, di hadapan pintu bilik anak saya.

“Saya segera memeriksa sama ada bunyi itu sengaja dilakukan oleh anak saya namun apabila pintu bilik dibuka, anak saya sedang nyenyak tidur,” katanya.

Muhammad Syakir berkata, pada mulanya dia tidak mahu menceritakan perkara ini kepada umum kerana tidak mahu dianggap cuba mereka cerita.

“Walhal inilah yang benar terjadi pada kami,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Retrospektif Showcase: Afgan mahu lebih kasual, intim

by thevokal 09/10/2025 13

PENYANYI tersohor Indonesia, Afgan, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul

Selebriti

Aaron Aziz terus komited dalam misi kemanusiaan

by thevokal 09/10/2025 13

DALAM dunia hiburan yang sering dihujani pelbagai persepsi, pelakon dan pengarah terkenal Datuk Aaron

Selebriti

Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza hampir

by thevokal 06/10/2025 46

TIGA dekad meniti perjalanan seni, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan pengaruh

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.