Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Park Seo-joon Heret Netizen Ke Mahkamah – Tak Beri Muka Isu Fitnah
 Park Seo-joon Heret Netizen Ke Mahkamah – Tak Beri Muka Isu Fitnah
Sedunia Selebriti Semasa

Park Seo-joon Heret Netizen Ke Mahkamah – Tak Beri Muka Isu Fitnah

by VOKALIS 17/01/2024 729

Di negara kita sendiri beberapa selebriti sudah membuktikan mereka boleh mengheret netizen yang memfitnah ke mahkamah antaranya Shuib dan Rita Rudaini.

Jangan fikir netizen boleh berselindung dan tidak boleh dijejaki selepas meninggalkan komen memfitnah serta menghina di laman sosial.

Hal yang sama bakal dilakukan aktor Korea Selatan Park Seo-joon yang tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menyebarkan berita palsu mengenai dia di media sosial.

Ia susulan pelakon itu menerima banyak komen berbaur negatif dan fitnah sehingga menyebabkan imejnya sebagai selebriti berpengaruh terjejas.

Agensi yang mewakili pelakon Itaewon Class itu iaitu Awesome Entertainment mendedahkan mereka sudah memfailkan dua saman fitnah bagi pihak Seo Joon sejak empat tahun lalu.

Saman itu difailkan selepas wujud beberapa bukti bagi menyabitkan tertuduh selain ada beberapa lagi individu bakal diheret ke muka pengadilan.

Jelas Awesome, ketika ini beberapa kes sedang dalam siasatan pihak berkuasa sebelum pendakwaan dilakukan di mahkamah.

Wakil aktor itu juga berpesan agar orang ramai tidak mudah mengeluarkan sebarang kenyataan palsu serta fitnah terhadap Seo-joon atau mana-mana selebriti atau berdepan tindakan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 21

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 35

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 55

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.