Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pengemis OKU Pakai Proton X70 Premium – JKM Batalkan Elaun
 Pengemis OKU Pakai Proton X70 Premium – JKM Batalkan Elaun
Semasa

Pengemis OKU Pakai Proton X70 Premium – JKM Batalkan Elaun

by VOKALIS 12/03/2024 606

Helah seorang pengemis Orang Kelainan Upaya (OKU) melakukan aktiviti itu dengan meraih simpati hingga mampu memiliki Proton X70 Premium terbongkar.

Ekoran itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberhentikan bantuan elaun OKU kepadanya.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, selain elaun sebanyak RM450 dihentikan bermula bulan ini, pihaknya turut memberikan amaran dan meminta lelaki itu melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis lagi.

“Siasatan lanjut juga mendapati dia kini bekerja di sebuah syarikat bas sebagai penyelia syif dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan dan sebab itulah individu ini tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM (Jabatan kebajikan Masyarakat),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Memetik laporan Bernama, beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang ingin tahu tindakan KPWKM dan JKM terhadap seorang OKU yang menerima bantuan daripada JKM, namun melakukan aktiviti mengemis dan memiliki sebuah Proton X70 seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Lelaki yang cacat pada kedua-dua tangannya itu dilaporkan memperoleh pendapatan hingga RM500 dalam tempoh lima jam hasil kutipan sumbangan orang ramai di pasar malam sebelum perbuatan itu berjaya dibongkar JKM Maran pada Februari lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 70

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 73

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.