Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Penjaga Tokong Rogol Akauntan – Mengaku Tidak Bersalah
 Penjaga Tokong Rogol Akauntan – Mengaku Tidak Bersalah
Semasa

Penjaga Tokong Rogol Akauntan – Mengaku Tidak Bersalah

by VOKALIS 04/04/2024 428

Seorang lelaki penjaga tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Kangar atas kesalahan merogol akauntan wanita di sebuah tokong di Arau pada hujung bulan lalu.

Tertuduh, Ong Poh Sun, 58, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati merogol mangsa berusia 27 tahun di dalam sebuah tokong di Kampung Guar Paya, Arau sekitar 3 petang pada 29 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Hanani Che Nor dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Memetik laporan Harian Metro, Alia dalam hujahannya meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang serius dilakukan.

Manakala, Nurul Hanani dalam mitigasi balasnya memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan setimpal kerana tertuduh mempunyai penyakit kencing manis dan kolestrol selain menjaga isterinya yang turut mempunyai masalah kesihatan sama.

“Tertuduh bekerja dan hanya tinggal bersama isterinya di tokong berkenaan dan tidak ada risiko untuk melarikan diri sebelum tarikh sebutan semula kes,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran sehingga tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu atau mendekati mangsa dalam tempoh kes berlangsung.

Mahkamah menetapkan 6 Mei hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Ini proses bangkit semula daripada terus rugi’

by thevokal 15/12/2025 28

PENYANYI popular dan usahawan Shiha Zikir menjelaskan bahawa keputusan menghentikan operasi cawangan kedua Restoran

Selebriti

Lagu Masuk Lagi: Baby Shima pesan, ‘Kalau

by thevokal 14/12/2025 32

Penyanyi popular, Baby Shima, kembali mencuri perhatian apabila muncul dengan single terbaharunya berjudul Masuk

Santai

Berkhatan sambil senyum? Teknik Al Farhain jadi

by thevokal 14/12/2025 18

Siapa sangka, pusat rawatan yang sejak dulu menjadi pilihan ramai ini kembali mencuri perhatian,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.