Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Penyanyi Rap Terkenal, Altimet Diumum Sebagai Calon PH DUN Lembah Jaya, Yakin Tambat Hati Pengundi
 Penyanyi Rap Terkenal, Altimet Diumum Sebagai Calon PH DUN Lembah Jaya, Yakin Tambat Hati Pengundi
Selebriti Semasa

Penyanyi Rap Terkenal, Altimet Diumum Sebagai Calon PH DUN Lembah Jaya, Yakin Tambat Hati Pengundi

by VOKALIS 24/07/2023 353

SHAH ALAM – Penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet dinamakan sebagai calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya di bawah Parlimen Ampang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos ini.

Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman berkata, minatnya terhadap muzik tidak pernah padam apabila masih menulis lagu biarpun sudah lama tidak membuat persembahan.

“Saya telah diberi tugas oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang menjadi penyelaras di Lembah selama sembilan bulan sebelum DUN bubar.

“Dari situ, saya berpeluang mengenali gerak kerja seorang ADUN, mendekati orang di sana, hati saya di Lembah Jaya.

“Saya juga sudah berhenti buat persembahan sejak 2019, saya anggap itu sebagai pekerjaan untuk mencari rezeki, tetapi dari segi minat, saya masih berminat menulis lagu sehingga sekarang,” katanya yang juga Ketua Cabang Ampang.

Dalam pada itu, pelantun lagu Amboi itu tetap mahu memberikan yang terbaik buat masyarakat setempat selaras dengan usahanya.

“Menang atau tidak, itu datang dari Allah SWT, apa yang saya yakin 100 peratus adalah usaha yang keluar daripada badan saya sendiri itu yang saya yakin saya akan pergi lebih daripada 100 peratus.

“Misi dan visi adalah untuk melahirkan satu kawasan mesra untuk pelbagai lapisan masyarakat dan umur.

“Sesuai untuk kanak-kanak membesar, ibu bapa mencari rezeki dan menjaga anak-anak serta untuk datuk dan nenek bersara dan menghabiskan masa mereka di Ampang,” ujarnya.

Terdahulu, Altimet pernah mengumumkan dirinya sudah bersara dari nyanyian kerana mahu memberi fokus pada bidang politik. – THE VOKAL

Sumber: MALAYSIA GAZETTE

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa Sohor

[V] “Politik Mana Ada Dalam Islam!” –

by VOKALIS 11/08/2023 360

SEREMBAN – Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang

Selebriti Semasa

Undi Awal Catat Peratusan Tinggi, Eizlan Yusof

by VOKALIS 10/08/2023 356

KUALA LUMPUR – Pelakon yang kini aktif dalam politik, Datuk Seri Eizlan Yusof, 52,

Selebriti Semasa

Baby Shima Umum Akan Bertanding Dalam PRN

by VOKALIS 25/07/2023 305

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Baby Shima, 30, memaklumkan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.