Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Sedunia
  3. Peserta Squid Game: The Challenge Akui Saraf Rosak Dan Alami Hipotermia, Bakal Saman Netflix
 Peserta Squid Game: The Challenge Akui Saraf Rosak Dan Alami Hipotermia, Bakal Saman Netflix
Sedunia Semasa

Peserta Squid Game: The Challenge Akui Saraf Rosak Dan Alami Hipotermia, Bakal Saman Netflix

by VOKALIS 28/11/2023 331

Peserta program realiti Squid Game: The Challenge mengancam bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit rancangan itu dan pihak Netflix selepas mendakwa mengalami hipotermia dan kerosakan saraf semasa penggambaran.

Tindakan itu didedahkan sebuah syarikat firma guaman, Express Solicitors yang memaklumkan mereka mewakili dua peserta daripada program berkenaan.

Dakwa peserta terbabit, kejadian itu berlaku semasa sesi rakaman permainan pembukaan bernama Lampu Merah, Lampu Hijau di mana pemain mesti mengelak daripada dilihat anak patung robot.

Enggan mendedahkan nama yang diwakili, peserta itu mendakwa mereka harus membongkok dalam satu tempoh yang lama dengan suhu sejuk dan mempertaruhkan kesihatan mereka tanpa dimaklumkan sebelum penggambaran.

Ketika itu, Netflix mengesahkan tiga daripada 456 peserta menerima rawatan perubatan namun menafikan ada mana-mana peserta yang mengalami kecederaan serius.

Menurut jurucakap program Squid Game: The Challenge pula, setakat artikel ini ditulis pihaknya belum menerima apa-apa tuntutan mahkamah atau saman difailkan dari mana-mana peserta.

Namun begitu, pihaknya menegaskan sangat mengambil berat tentang kebajikan peserta semasa penggambaran.

Penggambaran dilakukan di Cardington Studios yang merupakan bekas pangkalan Tentera Udara Diraja, Britain.

Pada Februari lalu, terdapat pemeriksaan keselamatan dilakukan di set penggambaran Squid Game: The Challenge selepas terdapat insiden membabitkan perubatan dan keselamatan di sana.

Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan Britain sebelum ini pernah mengingatkan produksi untuk merancang dengan berhati-hati program yang diinspirasikan daripada drama bersiri terkenal Korea Selatan, Squid Game itu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.