Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Polis Pantau Jenayah Sekolah Pondok – Turut Sama Jaga Kebajikan
 Polis Pantau Jenayah Sekolah Pondok – Turut Sama Jaga Kebajikan
Semasa

Polis Pantau Jenayah Sekolah Pondok – Turut Sama Jaga Kebajikan

by VOKALIS 01/05/2024 467

Polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama di negeri ini bagi memantau sekolah pondok dalam menangani kejadian jenayah selain menjaga kebajikan pelajar institusi pengajian agama itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kebanyakan sekolah pondok mengamalkan sistem yang baik, namun berlaku kes jenayah terpencil.

Menurutnya, ia termasuk kes mudir dan pengasas rumah anak yatim dan tahfiz yang didakwa di Mahkamah Seksyen, semalam atas lima pertuduhan meliwat tiga pelajarnya.

“Kalau ada yang tak kena, kena lapor segera kepada Ketua Polis Daerah (OCPD), ketua balai (OCS) atau Ketua Polis (KP) sendiri.

“Saya pun dah ada perjumpaan dengan Maik (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (bagi membincangkan isu ini).

“Sekolah tahfiz dan pondok ini akan jadi perkara tumpuan kita tahun ini, selain kita terus tumpu kes penyalahgunaan dadah dan jenayah seksual terutama membabitkan golongan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di Balai Polis Jelawat, di sini, malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Muhamad Zaki berkata, beliau juga menggalakkan setiap IPD yang mempunyai institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah masing-masing supaya membuat hubungan antara satu sama lain.

Menurutnya, mereka boleh mengadakan aktiviti turun padang atau bersama pemimpin pelajar bagi memberi pendedahan tentang kes-kes jenayah supaya mereka tidak terjebak sebagai mangsa.

“Antaranya, elakkan mereka (pelajar) jadi keldai akaun untuk aktiviti scammer.

“Kita terima beberapa kes pelajar menerima upah RM200 hingga RM600 dengan memberi ‘pinjam’ akaun bank mereka untuk kegiatan ini.

“Mungkin kesalahan tidak nampak serius dan hukuman tidak berat, tetapi kesan perbuatan itu, mereka (pelajar) akan ada rekod jenayah, jadi titik hitam dalam hidup mereka,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 9

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 25

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 58

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.