Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Remaja Hilang Lapan Hari – Ditemukan Mayat Dalam Parit
 Remaja Hilang Lapan Hari – Ditemukan Mayat Dalam Parit
Semasa

Remaja Hilang Lapan Hari – Ditemukan Mayat Dalam Parit

by VOKALIS 04/03/2024 276

Misteri kehilangan seorang remaja perempuan yang tular di laman Facebook sejak lapan hari sebelum ini terjawab apabila mayatnya ditemukan dalam parit berair di Kilometer 54 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Parit Changkat, Sungai Haji Dorani, di Sabak Bernam.

Mangsa berusia 17 tahun ditemui kira-kira 30 meter dari motosikal Yamaha Y15ZR dipercayai ditunggangnya di tempat kejadian.

Difahamkan, seorang pengguna jalan raya yang melalui lokasi ternampak kenderaan itu lalu segera menghubungi bomba dan polis.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, berdasarkan keterangan kes, ibu mangsa membuat laporan berhubung kehilangan anak perempuannya di Balai Polis Sungai Air Tawar, jam 12.20 tengah malam 27 Februari lalu.

“Pengadu memaklumkan jam 8.20 malam 25 Februari lalu, mangsa keluar dari rumah untuk mengambil duit gaji di kafe Politeknik Sultan Idris Shah, Sungai Air Tawar dengan menaiki motosikal kakaknya.

“Kali terakhir ibu mangsa menghubungi anaknya jam 3 pagi dan dia tidak memaklumkan keberadaannya. Kemudian mangsa dihubungi sekali lagi namun gagal,” katanya.

Agus Salim berkata, hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu dari arah Sekinchan ke Sabak Bernam.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa disyaki hilang kawalan dan terbabas lalu terjunam dalam parit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Agus Salim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 236

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 391

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.