Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Risiko Keselamatan Semua – IIHF Tolak Israel
 Risiko Keselamatan Semua – IIHF Tolak Israel
Semasa Stadium

Risiko Keselamatan Semua – IIHF Tolak Israel

by VOKALIS 12/01/2024 545

Keselamatan menjadi faktor utama kepada semua pihak dan perkara yang bukan boleh dikompromi dalam semua acara termasuk sukan.

Lantaran itu, Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) hari ini melarang Israel daripada menyertai kejohanan dunia bagi memastikan keselamatan semua pasukan termasuk atlet negara haram itu sendiri.

“Majlis IIHF mengambil keputusan ini selepas membuat pertimbangan membabitkan risiko keselamatan, perbincangan dengan negara yang mengambil bahagian dan rundingan dengan tuan rumah,” menurut kenyataan IHF.

Larangan ke atas Israel berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian oleh badan induk itu.

Pasukan lelaki Israel sepatutnya beraksi di Divisyen II-A kejohanan dunia di Serbia pada April termasuk menentang Australia dan Emiriyah Arab Bersatu.
Persatuan Hoki Ais Israel berkata, mereka akan membuat bantahan keputusan IIHF itu kepada Mahkamah Abritasi Sukan (CAS).

Tindakan badan induk sukan itu susulan kekejaman tentera Israel di Gaza yang membunuh lebih 23,000 rakyat Palestin. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 52

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 51

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 58

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.